Monday, July 20, 2009

Akhirnya

Akhirnya aku pergi juga dari sini. Aku tiada perasaan. Seakan akan aku masih disini dan esok masih kabur, dan hilai tawa rakan rakan masih sayup sayup, dan rasa tanggungjawab masih tebal, dan perasaan ketika melalui lorong lorong yang penuh dengan neon masih terselit dan senyuman R, pandangan T, wangian F semuanya masih jelas.

Titik titik hijau dan putih dari thumbtack yang dulunya menjadi paku untuk gambar gambar, kini sendiri. Bagaikan white noise di ruangan biru yang konstan.

Lampu lampu masih sama. Masih cerah. Hati aku kabur. Kelam kadang kadang.

Aku tidak pasti.

Thursday, July 16, 2009

Pembalasan Tuhan

Malam hari Selasa lepas aku tidur lambat sebab aku baca magazine Discovery Channel. Malam tu agak cool sebab aku tak rasa overheated sangat compared to few other nights before this. Agak selesa baring atas comforter, pasang kipas siling nombor 5 lepas tu pasang lagi kipas duduk industrial type nombor 1. Memang cool habis.

Lepas baca aku tidur.

Pagi esoknya aku bangun pagi. Tengok jam pukul 9.30am. Shit. Terlepas aku nak pegi kerja. Aku malas nak pergi kerja, so aku resume golek golek atas katil, peluk fluffy toy aku, sambil dalam otak fikir nak pergi klinik mana nak ambil MC.

Poliklinik Sijangkang, Dr. Zariah, Klinik tepi rumah aku dekat Seroja, Klinik Tepi Balai Polis.

Semua aku fikir. Last last aku teringat yang aku tak penah pergi Klinik Hartati.

Aku mandi, siap siap, siap dengan skrip dalam kepala yang aku kena migrain.

Sampai je klinik, kosong tak dak orang. Perghh agak berdebar jugak aku sebab kadang kadang aku lupa skrip. Kang tiba tiba aku cakap aku ada keputihan, camno?

Masuk je bilik, doktor muda tengah gelak gelak tengok nama aku. Shit gila perangai. Tapi tak kisah asalkan aku dapat MC.

Aku kompang yang aku ada migrain dari kecik. Siap mengaku aku dulu makan Synflex. Huhu. Aku dulu mungkin pernah ada migrain, tapi lama dah tadak. Aku dapat tau rootcause aku ada migrain bila aku stop makan Pil Otak Cerdas mak aku bagi dulu.

Masa dalam bilik tu, doktor tu cek aku punya blood pressure. Aku tak kisah sebab aku tau BP aku memang normal.

Doktor tu buat muka cuak tekan tekan lengan aku cek BP. Lepas tu muka dia berkerut.

Dia tunjuk nombor atas mesin dia. The reading was 150mmhg. SHIT.

Aku dah cuak.

Tuhan, ampunkan aku sebab menipu.

Monday, July 13, 2009

Whoooooot~!

Whoottt~ Aku ada lagi satu minggu di sini sebelum aku berangkat ke dunia baru!

Can't wait, whores!

Thursday, July 2, 2009

Petang Khamis Esok MC

Apa perasaan perempuan masa tengah period? Hati panas? Perasaan tak tenteram?

Aku rasa tak tenteram dan hati agak panas.

Aku tak mungkin mengalami masalah Period