Saturday, August 22, 2009

Cari Kamu

Aku tidak pernah terfikir untuk menulis sebuah short story. Apatah lagi novel. Novel yang lengkap dengan watak yang variety dengan pelbagai ragam, cara kata, gaya, dan mungkin juga senyuman yang berbeza. Itu belum lagi dengan metafora, plot, macam macam shit yang aku tidak pernah tahu dan mungkin kerana dulu aku tidak begitu tekun semasa belajar, and end up aku useless dalam definition craps seperti ini.

Aku ingin baca Shahnon Ahmad's Ranjau Sepanjang Jalan. Aku perlukan idea.

Aku pulang ke Kuala Lumpur cuti Merdeka ini. Aku akan ke Midvalley. Aku akan cari kamu.

Thursday, August 20, 2009

Popular

Pengarang pengarang erotis selalu memulakan cerita dengan "It's 1.14 a.m in the morning, and I am wide awake" atau "Aku kesejukan dalam dingin malam", bagi aku semua itu adalah total bullshit. Sampah sarap nista.

Walaupun aku teringin sebenarnya untuk memulakan cerita dengan frasa frasa klise seperti itu, aku cuba halang diri aku untuk commit to such a thing, sebab aku tahu aku mungkin akan berenang renang dalam muntah hijau aku sendiri, ataupun seperti dalam filem Slumdog Millionaire - Saleem terjun ke lubang tahi kerana ingin bertemu seorang idol, atau mungkin idol orang lain yang agak cool untuk ditiru menjadi idol sendiri, atau mungkin no one, hanyalah manusia biasa di mana kerjayanya adalah pelakon layar perak yang dibayar gaji lumayan.

So, aku kuburkan cita cita aku untuk make use such a phrase dalam cerita aku, seperti unsur kimia pelik di dalam jadual kimia berkala, yang selalu terabai. Barangkali kalau aku twist pengolahan cerita aku, aku mampu tampak lebih hebat dari novelis melayu yang idea sudah kering dengan cerita cerita basi. Kisah recycle balik balik digunakan, dan hasilnya product kitar semula yang lebih sampah dari bau udang busuk di Tesco.

Aku menulis kerana aku rasa aku patut menulis. Aku menulis sebab aku mahu kau baca dan berikan rekognasi walaupun sekecil bilis. Aku menulis kerana aku loya dengan konsep stereotype penulis muda yang idea terbatas dengan kisah percintaan bodoh anak datuk/mengandung luar nikah/jantan main bohsia/ jadi addict sebab terbiar (orang kaya konon! Hark tuih).

Dulu waktu A Samad Said menulis Salina, Shahnon Ahmad menulis Ranjau Sepanjang Jalan, sastera melayu naik mencanak macam kisah renaissance di eropah. Aku boleh baca kisah cinta, tapi kisah cinta bodoh melayu aku tak mampu, even nak buka mata.

Aku ahli Popular. Aku beli buku setiap bulan. Tapi aku tak pernah lagi beli buku dari novelis melayu. Kerana crap. Aku baca novel inggeris bukan kerana aku rasa aku orang eropah, atau berlagak hendak speaking London. Aku beli sebab aku tau Novel Melayu crap.

Novelist, buat lah sesuatu. Langkah pertama: Design kulit buku needs major makeover. Aku judge a book by its cover. Kulit buku sudah menawan, touch up isi dalam. Jangan terikut gaya penulisan orang lain. Sebab kalau kau ikut, kau bodoh.

Kau baca, mesti kau rasa hebat. Bagi satu chapter kepada total stranger. Kalau mereka suka, kau berjaya. Kalau mereka buat muka celaka, kau adalah total loser.

Good luck.

Terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

.

Tadi sebelum tiba masa lunch, aku berjalan around pipes and vessels dalam plant. Aku terfikir, bagaimana keadaan ibu aku nanti kalau kalau aku sudah tiada. Perlukah abah bekerja lagi? Hutang hutang aku yang bertimbun siapa yang nak tanggung?

Aku serabut.

Aku bersyukur aku masih lagi bernafas sehingga sekarang. Sekurang kurangnya, aku masih bernyawa untuk merasai perit dunia.

Monday, August 17, 2009

Kau, Aku dan Lorong Gelap

Sekarang aku buntu, kalau kalau ada perkataan lain yang mampu ekpresikan perasaan aku ketika ini, aku agak kurios untuk tahu. Semuanya bagaikan garisan cahaya komet yang bergerak tanpa paksi dan akhirnya menumpu ke satu titik. Titik Buntu.

Kadang kala aku fikir serabut kepala itu bagaikan wonder, seolah olah kejadian aneh yang deskripsinya terlalu kompleks, tiada jawapan kepada penceritaan yang kucar kacir, dan tiada persoalan kerana jawapan itu sendiri membangkitkan lebih banyak soalan dari jawapan yang sepatutnya. Seperti apa yang aku alami ketika ini. Rumit, sukar, incomprehensible.

Aku dongak ke atas dan sawang berkeliaran kacau bilau di antara empat dinding yang simetrikal. Aku pandang ke depan dan dinding simen keras nampak kotor dengan kesan double sided ditinggalkan orang lama. Kanan, katil bersama bolster putih dan kotak seterika.

Kalau itu semua mampu memberikan aku ketenangan sementara, aku thankful sebab sekurang kurangnya serabut kepala kurang, pergi bersama angin panas dari kipas meja.

Tapi aku sesekali tidak inginkan temporary serenity. Minda rasa cool untuk sementara bagaikan tiada fungsi. Sekurang kurangnya berikanlah aku sedikit masa untuk membersihkan hati.

Bukan literally. Spiritually itu mungkin. Aku masih mencari cari. Ruang ini gelap. Tiada katil bersama bolster, tiada sawang kelabu asap. Sampai bila aku akan bersedia? Sedia atau tidak, itu cerita lain, yang penting nanti akan tiba masa.

Kau, aku, pemain gitar solo di Masjid India, perenang bersama seluar dalam Speedo, imam berjanggut putih, bertanda dahi.

Semua sekali. Even makcik tea lady India di tempat aku.

Kalau malam ini adalah detiknya, aku pada hakikatnya tidak bersedia. Walaupun Dia berkata sudah tiba masa...