Tuesday, September 8, 2009

Tunggu Raya, Ko Makan La Depan Lembu Puas Puas

Papan putih dengan frasa Activity Board Maintenance House 2009 masih kosong. Yang ada cuma garis garis bernombor dari 1 sehingga 31. Mungkin denotion kepada tarikh dalam masa sebulan.

Ofis senyap sepi. Cuma kadang kadang telefon antik melalak, atau perbincangan intelek antara seorang terpelajar dengan seorang terpelajar yang lain. Bisik bisik gasket, mechanical seal, multi stage pump buat aku rimas. Atas kepala bila aku dongak, aircond besar melintang melekat di dinding.

Temperature: 17 darjah celcius.

Bodoh jugak aku rasa. Sejuk sejuk pun buat apa. Buat sakit sendi.

Kuku aku naik biru kena udara terhawa dingin melampau kalah cuaca di Kanada. Teringat aku masa aku di sebuah hotel di ibu negara, seorang gweilo dari Amerika berkata sinis kepada manager on duty

"I don't understand why you Malaysian think that we, American need a freezing cold room to make us feel comfortable"

Kemungkinan besar Malaysian sudah penat kena panas matahari, berpeluh sebab humidity almost 100%, macam gila babi. Itu sebab bila jumpa aircond, kalau boleh nak set 0 degree. Kalau boleh lah.

Aku sejuk, aku keluar ke workshop. Kosong. Aku duduk diam diam, cuba baca technical data pasal bearing dan material. Aku toleh belakang bila pintu bunyi terkuak. Auntie tea lady masuk.

"Adik buat apa juga?"

"Bosan auntie. Dalam office sejuk. Beku"

"Biasa laa. Kamu sudah kurus juga. Puasa elok!" sambil buat tanda bagus pakai ibu jari.
"Auntie cuti raya berapa hari?"

"Sama juga macam kamu semua. Hari Rabu kerja kalu"

"Aunty dah makan?"

Geleng kepala

"Kenapa aunty tak makan?"

"Tak payah la. Kamu semua puasa. Aunty minum air kosong pun sudah cukup"

"Takpe ke aunty?"

"Takpa. Ok. Kamu semua tak makan, aunty pun segan juga. Balik kerja nanti, boleh makan"

Aku senyum

"Aunty sudah habis masa rehat" terus berlalu pergi. Pintu dikuak, kemudian ditutup rapat.

Kalau Aunty India yang umur 45 tahun pun tahu malu untuk makan depan kita, orang berpuasa, aku tak pasti kenapa Muslim sendiritak malu minum depan depan lautan orang ramai di bazar Ramadhan.

"Ko tak sarapan ke Bernard?"

"Tak. Aku ikut housemate aku bangun sahur"

"Kenapa ko tak sarapan je?"

"Aku seganlah. Orang lain semua puasa, takkan aku nak makan pulak"

Memang betul. Melayu Muslim sudah hilang adab susila. Siang siang buta makan minum tak tahu dosa pahala.

Auntie balik nanti, auntie makan nasi dengan kari ayam. Sangat sedap~

Auntie makan lah. Moga moga auntie nanti dapat cahayaNya...

Monday, September 7, 2009

Aku dan Pengakuan Bodoh

Aku patut tidur 3 jam yang lepas tapi aku rasa tanggungjawab aku pada malam ini belum selesai. Aku perlu menulis sebab aku tahu, hidup bukan hanya dengan tidur, makan, kerja dan tengok wayang. Atau berbelanja sakan macam orang gila di pasaraya atau di lorong lorong penjaja, tapi lebih dari itu. Kewajipan untuk berkongsi cerita, buruk atau baik kalau tak reti beza, baik tanam kepala dalam pasir tepi Pantai Port Dickson.

Aku sanggup berjaga untuk berkata kata bukan kerana kamu, kamu atau kamu. Kalaupun ada fragmen fragmen kata yang ada kaitan dengan kamu semua, itu mungkin koinsiden yang aku cuba selitkan untuk membuat efek kisah ini lebih real.

Secara teknikal, aku akan berumur 25 tahun sebulan lebih sahaja lagi. Aku mula kenal kawan kawan aku, mungkin ketika aku baru 4 tahun. Kawan kawan itu plural. Aku kenal seorang sahaja. Aisyah Ismail. Jiran sebelah rumah aku. Perempuan cool dengan ramai peminat. Aku tak faham sebab dia average, petite (aku nak cakap midget tapi nanti dia kecik hati), biasa biasa sahaja, tapi ramai peminat. Beliau Kawan Aku sampai sekarang. Masa bulan puasa kami pasang pelita buluh (tebang buluh dekat rumah Huzairi), sekali dengan Rafidah, Azizah, Salmah dan Memek.

Dulu dulu. Sekarang aku ajak, dia dah tau malu. Katanya Aku Sudah Besar walaupun tak besar mana. Walaupun aku rasa pasang pelita buluh atau bakar buah sawit itu agak humiliating, aku rasa benda itu agak fun.

Aku rindu kisah kisah kecil dahulu. Innocent, hidup dalam ketawa dan kisah dongeng perpustakaan.

Tapi itu kisah para ketika ketiak belum berbulu. Muka belum terkinja kinja hendak berhias. Hati belum menggeletis hendak kahwin. Tangan belum gatal hendak menulis surat cinta.

Sekarang, aku maksudkan sekarang - setelah beberapa tahun dilabelkan sebagai dewasa - aku kadang kadang terkeliru dalam maksud sebenar frasa Persahatan. Confuse dalam kerumitan perkataan itu sendiri. Betapa sukarnya untuk menjadi seorang kawan, betapa tough nya untuk kekal sebagai kawan, dan betapa rumitnya untuk maintain sebuah persahabatan.

Sometimes, aku terfikir tiba tiba, adakah aku seorang sahabat to my so-called sahabat? Adakah dia rasa aku ini seorang sahabat atau hanya seorang acquaintance yang ketawa riang ria bersama dia ketika semua benda kelihatan jovial? Apa yang perlu aku buat untuk menjadi seorang sahabat? Pujian melambung? Kata kata yang ease his/her heart/feeling? Menjadi pendengar dan pak turut setia yang konstan dengan semua cerita bahlul mereka? Menjadi penyabar dan terima semua kata kata nista yang pedih dan keep on smiling kerana tidak mahu hati sahabat kita terluka?

Aku boleh menjadi outspoken seperti insiden pakcik keparat kedekut plastic bag di pasar malam Balok, aku boleh bersuara, memprotes dan berdiri menegakkan pendapat aku. Aku boleh menjadi 180 degrees differently dari aku yang sebenarnya.

Tapi aku tidak nampak option itu sebagai viable, kerana dengan options itu aku mungkin kehilangan sahabat. Kerana aku rasa option itu bukan lah option yang ada untuk aku, tetapi options untuk orang lain, dan aku tidak layak untuk mendapat options sebegitu rupa kerana aku terlalu fragile untuk semua itu.

Apalah sangat penghinaan dan rejeksi hendak dibandingkan dengan persahabatan? Aku terima sahaja.

Tetapi, aku ada limit, aku ada perasaan aku sendiri untuk dijaga, aku juga ada air mata. Kalau sebelum ini aku tidak pernah menyindir, menghina, mengabaikan, berkata kasar dengan kamu; apa salahnya kamu jua berbuat begitu untuk aku.

Ooh aku lupa, aku manusia bodoh, kurang pelajaran, hidup pura pura.

Jangan lupa untuk contact aku andaikata kamu perlukan boneka untuk dihina!

Tuesday, September 1, 2009

Chemisery

For the past couple of years, I worked with what I consider smart people, minus a bunch of oh-not-so-smart people and of course the lot of sheer moronic people. With these multicolors personalities, one with thought of this thing, and that another one have another thought of that thing, you know, it was a bowl of many crap ideas, but to my surprise, workable.

Minus the hair pulling, it was exciting though to see someone yelled at someone, screaming over the phone, threatening people over unmodifiable terms and conditions, finding quick solutions to problems that were not that head cracking, fighting in a cute teletubbies suit, it was a rainbow of many things!

Come over here, in my current place, people (or a person) seem(s) like having a huge problem in defining between chemical and chemistry. How trivia is that?

Chemical elements, and chemistry between two people DO mean different things. It does not coexist naturally like symbiosis interaction between moss and bark of a tree, or two different words (sound, spelling, pronunciation) that coincidentally share the same meaning.

Those two, maybe derived from one same word (which surprisingly I don't fuckin give a damn) are uniquely stand by their own. Chemical elements - Potassium, Magnesium, Sulphur, Carbon, Aurum. You name it, single out from any periodic tables, then you have a CHEMICAL ELEMENT. I don't know. I maybe wrong. But I certainly know what does Chemical Element mean.

Phrases like "There's a chemical between you and me" or "Symbol for Kalium is Ca" or plethora of weird pronunciations, are like an amusement park. It injects you with a silent giggle you can't hold and in no time it bursts into laughter.

Where can you get such confidents in someone who tells everyone a self humiliating joke? I don't know. I just found one, over here, in my own miserable self induced humiliation entertainment playground.

If someone asks me what on earth they are talking about, I will certainly tell them,

"They are cracking up Chemisery"