Saturday, January 30, 2010

Pantai




"Sememangnya kita manusia patut bersyukur. Sesekali berterima kasih kepada Tuhan dengan nikmat yang kau terima. Bukan dengan mengeluh dan berkata dunia ini tidak adil"

"Bukan! Aku percaya dengan qada dan qadar. Aku terima kehendak Allah. Tapi ini perit"

"Mungkin kau perlu lebih tabah"

"Fuck. Kalau nasihat stock zaman 60 an macam tu, aku tak perlu. Aku boleh fikir sendiri"

Aku tahu kau sedang berfikir. Tenangkan lah fikiran.

Friday, January 29, 2010

Di Situ


Aku keseorangan. Melihat laut dan bunga lotus dalam paya di tengah tengah bangunan resort. Dan makan sarapan yang far from consumable. Sambil merenung kuak kuak air di dalam kolam renang.

Aku ada banyak masa untuk rasa tenang. Dan hari ini aku rasa sedikit aman. Bukan lagi seperti dua minggu yang lepas.

Mungkin aku perlu lebih belajar untuk menerima semua benda seadanya. Sekurang kurangnya, aku tahu, apa yang aku expect tidak mungkin sama dengan apa yang aku akan dapat. Itulah sebabnya dalam semua benda, harus ada tolerance. Maksud aku, tolerance in number. Seperti plus minus 0.02mm.

Aku hendak mandi. Dan baca buku. Dan cium bau laut.

Saturday, January 23, 2010

Blah

Aku rasa rimas dengan maggot maggot nista yang datang untuk menghantar message spam yang tak guna. Aku tak pernah promo blog aku. Dan kalau kau datang hanya suka suka macam melawat fiunfair tepi rumah kau, aku harap kau berambus dari sini.

Kerana komen link gambar gambar bogel kau hanya sesuai untuk budak tingkatan 4.

Thursday, January 21, 2010

Aku Tahu Kau Kesejukan



i mourn and lament, and i see drips from your eyes fall to the ground, sweep away with the rush of endless rain. i understand. and i know its hard. stay strong. because, deep inside you, there's a little me to be there when you need a shoulder to cry on.


of The One in Oxfordshire
Epoy.


Thursday

i could start anywhere, the moment i jumped into that huge caravan and sang along Police's Every Breath You Take, or when you threw that sardonic grin to me. or the time when we thought those tadpoles were little fish, or the second we closed our eyes and left the world behind...

epoyogusto
malam jumaat

Monday, January 18, 2010

Hidup ini meletihkan. Tidak. Salah. Kerisauan itu meletihkan.

Aku tidur lepas solat maghrib malam tadi.

Aku letih.

Sunday, January 17, 2010

Tahi Dalam

Tadi aku berkira kira untuk menulis. Selepas 4 bulan aku senyap, aku rasa aku patut menulis sesuatu. Bukan kerana aku terpaksa menulis, tapi aku rasa memang aku patut menulis sebab aku sekarang berada dalam deep shit. Tahi Dalam. Jangan tanya dalam sampai mana sebab itu bukan maksud literal.

Ahh bodoh kalau fikir pasal masalah yang aku reka sendiri. Bukannya aku tak ada akal. Tapi manusia itu bodoh. Tak. Aku tak kata kau bodoh. Sebab kau binatang. Binatang tak dilahirkan dengan akal. Manusia macam aku ada. Tapi aku bangang sebab buat perangai palat tak guna akal untuk berfikir.

Kalau mak aku nak menyumpah, mak aku cakap

"Makan banyak banyak tapi semua jadi tahi"

Ohh aku rindu Mak aku.

Esok esok lah aku fikir masalah rumit aku ni. Kalau aku cerita, nampak macam aku loser gila.

Korang apa tau? Tali kasut pun bini ikat kan lagi.


p/s: aku rasa binatang ada akal. korang rasa?