Monday, September 10, 2012

Engkau Ada Satu Barang

Sesuatu gotta give sekarang
Kerana aku hampir mati to make you see
That aku perlukan kau bersama aku disini sekarang
Kerana you've got that one thing.

So keluar lah keluar lah keluar lah dari my head
Dan rebahlah ke dalam my arms instead
Tapi aku perlukan that one thing
Dan you've got that one thing

Now aku memanjat dinding
Tapi haram jadah kau tak perasan langsung
Yang aku hampir hilang akal
Siang hari dan sepanjang malam

Sesuatu gotta give now
Kerana aku hampir mati kerana hendak tahu your name

That aku perlukan kau bersama aku disini sekarang
Kerana you've got that one thing.



Epoy dan Tiada Arah

Friday, July 6, 2012

U Turn

"Aku dah cakap tapi engkau tak mau dengar. Berbuih mulut aku cakap. Penat aku tak tidur malam tolong berfikir untuk kau"

"Ko tak cakap habis habis"

"Aku dah cakap, buat apa yang engkau rasa OK. Dan jangan salahkan aku bila engkau rasa menyesal"

"Aku pening la Taha"

"Terlambat atau belum, itu aku tak pasti. Mungkin engkau masih boleh slow talk dengan diorang"

"Aku patut cakap apa? Aku buat silap?"

"No. Cakap engkau suka berada di sini. Bukan di sana. Mereka pun tahu, wang bukan sebab engkau pergi"

"Tapi aku malu dengan Jamal"

"Cuba tanya Jamal dahulu. Tengok apa respon dia"

"Aku dah email. Dia tak balas"

"Hantar SMS. Ajak lepak minum kopi"

"Sekejap. Aku taip, lepas tu ko baca dulu ok?"

"OK"

"Bos, Iskandar ni. Ingat nak ajak bos minum minum esok ke. Bila bos free ke.

OK tak message aku ni Taha?"

"OK"

"Ko tau tak Taha kenapa aku nak sangat balik Muar?"

"Tahu. Aku dapat baca. Baguslah. Alhamdulillah. Niat tu baik. Semoga Allah kabulkan"

"Terima kasih Taha"

"Sama sama"

"Taha, senyap je Jamal. Tak balas pun"

"Dia takdak kredit la tu"

"Tapi dia pakai postpaid company"

"Takpa. Ada rezeki ada lah. Kalau tak ada, hidup je mana mana dulu. InsyaAllah kalau niat tu baik, Allah akan mudahkan"

"Terima kasih Taha. Ko memang baik"

"Sama sama. Dah jom balik. Bini dengan anak anak aku dah tunggu"

Sunday, June 3, 2012

Lari dan Jangan Kembali

Jusoh kata jangan lari dari sini sebab tempat ni sudah hampir perfect. Hampir kesemuanya perfect.

Mata Jusoh mungkin dibayangi dengan keselesaan yang diberi pada beliau seorang. Bukan pada orang lain.

Jusoh harus tahu, selesa itu subjective.


Epoy.

Monday, February 6, 2012

Penarik

Apabila Fatimah toleh ketepi, Fatimah hanya nampak cengkerang reput bersepah di atas pasir. Fatimah mahu kutip, tapi Fatimah takut kalau kalau cengkerang reput itu Yong Derus yang punya. Fatimah tak mahu lagi kena bantai dengan rotan sampai berbirat belakang, sampai lebam lebam satu badan, sampai nak buka mata pun tak boleh. Tapi kalau Fatimah tidak kutip, nanti akan dihanyut ombak. Fatimah dongak ke atas, matahari tinggi melangit, Fatimah tenung matahari sampai rasa berpinar mata, Fatimah tengok balik ke pantai, Fatimah cuma nampak warna biru dan titik putih. Titik putih penuh satu biji mata. Fatimah duduk, Fatimah pejam mata, tapi Fatimah masih nampak titik putih. Fatimah tarik nafas dan pejam mata lagi. Kali ini kejap kejap. Dia tak mahu buka mata selagi titik putih tidak hilang. Fatimah kira sampai sepuluh.

Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh

Fatimah buka mata. Titik putih sudah hilang, yang tinggal hanya titik kusam warna kelabu. Fatimah tersenyum lega bila dia nampak cengkerang reput masih lagi ada di atas pasir, di tepi rumput hijau, bawah rimbunan pokok kelapa. Mata Fatimah layu. Angin bukan main kuat, berdesing telinga. Fatimah sudah lupa tentang pesan Yong Derus. Fatimah sudah tidak kisah pasal cengkerang reput.

Fatimah hanya kisah untuk tidur. Untuk hilangkan sekejap kusut kusut dalam kepala.

Fatimah mahu tidur. Dan lupa buat selamanya.

Saturday, October 8, 2011

Kering

Aku rindu kamu. Tak tipu.

Buncits, datang lah tidur sekali..


Meowwwwww

Sunday, October 2, 2011

Esok Macam Nak Cirit Birit

Lima kali cuba untuk lupa, sepuluh kali memori lama datang macam bunyi meriam buluh pada malam tujuh likur. Bukan mudah untuk buang imej seseorang yang acap kali hadir di depan mata.

Susah. Kita semua tahu yang mulut boleh kata benci, tapi alih alih, sayang kata hati.

Jangan tipu lah weiii

Tuesday, September 20, 2011

Saturday, September 10, 2011

Indah

Satu hari nanti, aku juga mahu bersama sama mereka. Tarawih dalam ketenangan, dalam keindahan, dalam kekhusyukan, di Kota Makkah. Satu hari nanti.

InsyaAllah

Monday, August 29, 2011

Friday, August 26, 2011

Before Syawal

Sekejap lagi sudah mahu bersiap siap pulang ke kampung halaman. Jumpa abah, ibu, adik beradik, anak sedara, sepupu sepapat, sedara mara, mana mana yang ada. Perhaps dapat jumpa kakak sekali yang sudah boyot. Tanya bila nak kluaq, dia senyap tak mau habaq. Kita tunggu ja la satgi. Jangan anak dia satgi perangai gila macam mak dia sudah.


Ramadhan lagi 2 hari akan berakhir. Rasa sekejap sahaja tahun ni berpuasa. Letih tak ada, dahaga kurang, lapar pun sipi sipi ja. Alhamdulillah. Kita tak pernah tahu apa jenis rezeki Allah nak bagi dekat kita, sometimes it comes in a box of money, sometimes it pops in front of your face in a package of complete happiness, and sometimes, Allah bagi rezeki dekat kita dengan rasa tak letih berpuasa. Boleh teruskan mana mana amal ibadat yang kita dah lupa, yang kita dah tinggal. Ramadhan bulan pengisian dengan amal. Tapi kalau letih sikit sikit tu, standard la. Ko bukannya budak kecik umur 5 tahun yang tak larat nak tahan puasa. Tua bangka, buat la perangai macam tua bangka.


Aku tak pernah sangka Ramadhan tahun ini banyak bawa perubahan. Sedar tak sedar, buang rasa malas, cuma ingat nak kejar apa yang Allah dah bagi pada bulan puasa ni. Kalau tak dapat banyak, mana mana yang tersempat buat tu, rasa rasa masih tak cukup, tapi boleh lah sebab selama ni, aku bukannya baik mana pun. Cuma tahun ini, rasa perubahan tu perlu ada. Rasa perubahan tu perlu datang. Kita tahu kita perlukan perubahan, tapi alasan yang kita bagi setiap hari untuk tolak paksaan hati untuk berubah - aku masih tidak kuat.


Kuat atau tidak, itu bukan persoalan. Persoalannya sekarang sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan macam ini. Ya betul kita tak ada button on and off yang boleh kita tekan untuk berubah. Tapi apa salahnya kita berubah perlahan lahan. Cari kelemahan diri, lawan dan terus lawan.


Alhamdulillah, Ramadhan kali ini adalah satu keajaiban. At least bagi aku. Rezeki tuhan bagi datang melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah.


Syawal dah tak lama dah nak jengah muka. Sejengkal je lagi. Semoga kalian semua gembira meraikan hari kemenangan. InsyaAllah.


Dah alang alang menaip ni, saya Mohamad Saifol bin Aaisa seikhlas hati ingin meminta ampun dan maaf kepada kawan kawan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti. Sengaja atau tidak tu saya sudah lupa. Saya sedar mulut ni ringan semacam, sedap je nak mengata orang, sedap je kata itu ini. Tapi kadang kadang itu semua gurauan. Kasar atau tak tu, depends pada si penerima lawak. Halalkan makan minum. Selalu saya terambik tak bagi tau. Mintak lah halalkan, sebab dah jadi darah daging. Mana mana saya terhutang sesiapa tu, tolong lah bagitau. Minta maaf kalau terlupa, memang tak patut sangat sangat. InsyaAllah, saya cuba bayar secepat mungkin. Tapi kalau umur tak panjang, mintak sangat sangat tolonglah halalkan.


Itu sahaja. Tiada note tentang aci, atau pelita buluh, atau popia basah tahun ini. Tak semangat pun sebenarnya nak raya. Tak terasa pun. Cuma rindu pada ibu dan abah. Sangat sangat.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


Love,

Mohamad Saifol bin Aaisa


p/s: bagilah duit raya sikit! hehe


Sunday, August 14, 2011

Market Basah


Dah 14 hari dah puasa. Alhamdulillah, bisik Borhan dalam hati. First time ni Borhan boleh puasa macam champion. Sebelum ni kalau sebulan puasa, Borhan wajib lubangkan 16 hari. Dia kata memang macam tu dah. Benda wajib katanya. Abah mana yang ajar Borhan pun Borhan tak pasti. Borhan tua bangka dah. Umur patut dah ada anak dua orang. Lebih kurang 34 tahun lah. Borhan kerja pun agak cara jugak. Borhan kerja Pembantu Makmal! Ingat senang ke nak masuk makmal dekat UiTM nun? Susah beb! Tetambah lab Microb
e. Eh ada ka lab macam tu rupa kat universiti? Ada la kot, insyaAllah. Ops.

Ahh bosan lah cerita pasal Borhan. Borhan tu sebenarnya ayun. Mangkuk tingkat pun dia jugak. Borhan tadak masalah pun dengan aku. Cuma Borhan tu ayun dan tingkat tingkat mangkuk dia.

Tengok lah gambar di bawah. Apa masalah tuan kedai ni pun aku tak tau.

Maksiat ka nak bukak tudung ice box kale oren tu?

Ish ish ish



Saturday, August 13, 2011

Kakak


Ini Kakak.

Kakak sudah ada adik. Dua orang. Kakak jangan makan banyak banyak. Nanti obese macam Alang. Tak lawa. Nanti Fitri tak mau dah dekat Kakak. Kakak jangan degil cakap Umi. Dengar cakap Ayah. Kakak kena belajar rajin rajin. Jangan suka buli orang dekat sekolah.

Kakak kena jaga adik adik elok elok.

Lagi satu, Kakak kena rajin garu kepala Alang.

Tu pun kalau nak duit raya lebih lah.

Chow.


Tuesday, August 9, 2011

Bulan Puasa

Selalunya masuk bulan Ramadhan, aku akan tulis note. Atau entry. Pasal aci.

I will. Tapi tunggu lah tengah bulan sikit.

Tidoq lagi bagus.

Assalamualaikum

Tuesday, August 2, 2011

Tadi

Haha! Engkau masih bodoh. Engkau terlalu taksub!

Jangan lupa yang engkau ada akal untuk berfikir!

Informasi satu hala adalah sungguh cetek.

Buktikan kebenaran kata kata engkau! Aku tidak tahu mana satu yang benar, aku tidak pasti apa yang betul, tapi engkau tahu, engkau pandai. Tunjukkan padaku kawan, aku mahu lihat!

Aku sukar mahu percaya. Aku tidak mahu jadi bodoh.

Dan aku masih belum bersedia untuk hidup terkongkong.


Engkau pandai, tolong fikirkan untuk aku.

Bye

Wednesday, July 27, 2011

Dup Dap Dup Dap

Roro tenung Momo lama lama. Senyum simpul Roro tengok gelagat Momo.
"Macam budak terencat. Hik hik"

Momo gelak manja, budget cun. Roro senyum lagi tengok Momo. Momo comel je buat muka macam puppy. Puppy eyes pun ada jugak dia buat. Nak je Roro lari lepas tu terkam Momo dari tepi. Lepas tu gigit gigit telinga Momo. Momo mesti suka. Lagipun Roro tau, Momo pun ada hati dengan Roro.

Cuma Momo malu nak cakap. Momo kan gadis sunti. Tak baik lah Momo pergi punggung menonggek mintak Roro cium dia kat pipi. Tak ke biadab namanya tu. Kalau betul betul nak bercinta, Momo kata (dalam hati), Roro kenalah jadi gentleman. Mesti jadi jantan! Mesti tunjukkan yang Momo tu memang milik Roro. Roro bukannya tak tahu yang Momo tu punya la ramai yang nak.

Jejulup yang duduk dekat Ivory Coast tu pun pernah terjumpa Momo dekat Facebook. Naik gila bayang si Jejulup tengok Momo. Pernah sekali tu Jejulup naik kapal tangki minyak (sebab Jejulup kerja offshore) tumpang nak singgah Kuantan sebab nak jumpa Momo punya pasal. Tau je si Momo, terus Momo lari pergi Siam tiga hari. Takut katanya. Jejulup (punya) besar sangat!

Tiba tiba Momo tengok dekat Roro. Shit! Dia tengok kat aku. Natang la kalau dia nampak bulu hidung aku. Roro tarik nafas panjang panjang. Roro tahu yang Momo kejap lagi mesti datang jumpa Roro. Paling cikai, mesti mintak pin blackberry. Roro tau dah. Shit la. Roro gabra tetiba sebab Roro mana ada blackberry. Roro baru nak beli dari Jumborina si Gajah Liar (Jumborina kerja dekat KL). Ops.


Eh dah masuk waktu kerja? Sambung lain kali lah


-Epoy