Sunday, April 24, 2011
Superman
Thursday, April 21, 2011
Burung Pepet (Pipit)
Wednesday, April 20, 2011
Batu Hitam
Tuesday, April 19, 2011
Ladang Buah Oren
Sunday, April 17, 2011
Saturday, April 16, 2011
Gajah dan Elephant Liar
Sunday, April 10, 2011
Sensual
Ohh bukan bukan. Itu bukan bilik dalam rumah urut dekat Seksyen 2 Petaling Jaya. Sama sekali bukan. Walaupun nampak seakan akan rumah pelacuran (ehem ehem) tapi itu sebenarnya adalah bilik aku. Sensual bukan? Ada comforter size queen (RM150), ada lampu tegak cahaya kilau kilau (RM150), ada laptop (pinjam Adib punya), dan yang paling care sebab ada aircond. Ye lah yelah aku batak aircond. Sejuk.......!
Duit pun dah tak berapa nak ada. Tengok lah. Kalau sidang lulus, aku nak buat pusat pelacuran kat dalam bilik tu. Charge sekali dalam 200 ringgit. Boleh la buat bayar kereta.
Apa macam? Mau cuba? You know how to get me.
Chow!
Tuesday, February 15, 2011
Bisnes
Jual cupcakes sikit sikit. Dapat la bayar duit kereta dengan hutang kredit kad. Tunggu minggu depan! Aku nak beli oven!
Aku nak jual cupcakes!
Friday, December 31, 2010
Friday, December 17, 2010
Masuk Syurgakah Aku Nanti?
Syurgakah tempat aku nanti?
Tuesday, December 7, 2010
Tunggul Kayu dan Pokok Bunga
Johan jumpa satu pokok bunga. Cantik! Bunga dekat pokok tu macam macam warna. Merah, kuning, jingga. Daun pun hijau berkilat. Ulat tak ada langsung singgah nak rosakkan pokok bunga Johan. Pokok bunga Johan sangat sihat! Johan setiap hari kata yang dia sayangkan pokok bunga tu. Hari hari siram air, dua minggu sekali Johan tabur baja.
"Timah makan baja nah! Nanti keluar banyak bunga!"
Punya la Johan sayang dekat pokok bunga tu, sampai Johan namakan pokok tu Timah. Kalau ada masa, Johan pergi cantas cabang cabang kering, cabut rumput keliling Timah, buang daun daun mati. Johan nak Timah cantik dan anggun selalu.
Nak dijadikan cerita, hari tu (dalam second week bulan 11), Johan keluar pergi bandar dengan kawan kawan Johan. Nak sambut hari jadi kawan kepada kawan Johan. Meriah! Sebab buat dekat hotel lima bintang. Johan seronok sebab ada orang belanja makan best best, dapat minum air oren ada payung dalam gelas, dapat makan suap suap dengan awek cun.
Johan lupa sekejap dekat Timah.
Esoknya, Johan pergi melawat Timah. Johan tengok Timah tiba tiba layu. Daun banyak gugur, yang tak gugur jadi kuning pucat, melentuk ke bawah ikut graviti. Bunga bunga pun semua dah jatuh ke tanah.
"Timah dah tak cantik"
Johan menyampah tengok Timah. Johan ambil parang then tetak timah sampai putus dua. Johan punya la benci kat Timah, Johan ambil parang lepas tu tetak tetak lagi sampai Timah jadi lunyai. Yang tinggal sekarang hanya badan kayu Timah. Ada la lebih kurang setengah kaki dari tanah. Timah kini hanya tunggul kayu. Tak berguna. Tak nampak. Tak ada hasil.
Johan pun sudah lupakan Timah. Sebab Johan sudah ketemu pokok bunga baru. Kali ni lebih vogue, lagi cantik, lagi banyak bunga. Genit je. Macam bonsai.
Johan siram, cantas ranting kecil, buang daun. Timah bukan lagi dalam ingatan.
Satu hari, Johan tersepak Timah masa Johan nak pergi baja si Pokok Baru. Berdarah ibu jari Johan.
"Celaka punya tunggul! Haram jadah macam haram jadah!"
Baru Johan sedar yang Timah masih ada. Johan pergi belakang rumah, ambil cangkul, terus benam mata cangkul dekat body Timah yang tinggal setengah kaki tu. Timah pun berlalu pergi dengan tanah tanah dan memori manis bersama Johan.
Itulah kisah Timah. Tunggul kayu tak guna. Yang tersepak baru tersedar.
Wednesday, November 10, 2010
Lawatan Penyakit Ke Kenyir
Tuesday, October 26, 2010
Hiasan Bilik
Monday, October 11, 2010
Gatal
Pergi klinik, doktor check blood pressure ok. Definition ok tu aku tak pasti tapi doktor ada sebut pasal 120/80. Ok la kot. Macam cantik je nombor. Bagitau doktor yang dulu pernah ambik maloxicam, tapi untuk test power je. Doktor angguk lepas tu bagi cafergot. Nama ubat pun dah creepy.
Ada aku kisah? Asal ada certified mc sudah.
Kepala pening pusing goyang semua ada bila sampai rumah. Telan synflex 275mg. Ubat warna biru, warna agak fancy. Guling guling atas katil, still sakit.
Sampai malam, pukul 11.30, kamu telefon. Kamu cakap kamu risau. Dan aku pun risau pasal kamu. Kamu sayang aku. Aku pun sayang kamu.
Tiba tiba sakit kepala hilang.
Demam rindu kot....
Wednesday, October 6, 2010
Mat Pit
Anggapan sahaja. Yang sebenarnya aku beli 30 ringgit satu kilo. Mat Pit jual. Bukan! Bukan! Bukan penagih! Dia colleague! Nama dia Mat Pit! Bukan lah bangang! Dia kalau stone pun sebab over tidur. Dia tak high hisap ganja.
Nah ini gambar udang 30 ringgit satu kilo. Aku goreng cili. Makan dengan asam pedas ikan pari. Bolehlahhhhhhhhhhhh
