Friday, March 19, 2010

Kamu

Bila hujan, teringat kamu. Kita berdua, berdansa bersama pasir berterbangan, dan mencoret cerita palsu di atas pantai yang eventually hilang di erase ombak.

Friday, March 5, 2010

Squid and X Skull

Tuesday night supposed to be boring. And dull. And lifeless. Because it is the night where people stay at homes and ponder the afterlife.

I pondered too. Aliens included.



Friday, February 19, 2010

Arwah Atuk Aku Cina

Hari itu macam hari hari lain yang biasa. Sampai bilik dari kelas petang, kami prepare barang. Benda baik mana boleh lengah lengah. Tariq bentang surat khabar, rod lembut warna perang dari lembik sekarang sudah keras. Sekarang nak tunggu lembut balik bukan kerja seminit dua beb. Takpa Tariq kata.

"Hat tu hang biaq dulu. Lama lama lembik la dia. What goes up, must comes down"

Tariq sengih macam biasa. Komputer aku on, suara Thom Yorke (aku rasa muka dia macam Ben Linus) yang kadang kadang annoying keluar keluar syahdu dari speaker box, Tariq kata Full Blast Please, aku kata No Thank You.


Gambar 1: Ini PC aku. Saja ambil gambar style mengada



Gambar 2: Saja nak tunjuk speaker kat belakang tu


6.15 pm

Rod Keras sudah jadi Rod Lembut. Tariq lari pergi bilik air, tadah air dalam kettle. Sampai bilik, operasi masih lagi well sealed.

"Campak itu sausage masuk kettle", kettle pun terus penuh dengan sausage murah cap Saudi. Bubble bubble dan bau sausage rebus penuh satu bilik, roti keluar dari kotak, Tariq dissect tengah tengah, aku lay dengan lettuce. Sausage rebus dari kecut jadi kembang. Comel gila. Tapi nampak agak porno. Haha.



6.25 pm

Sausage kembang aku sumbat dalam roti. Tariq picit mayo, aku picit sos cili. Tariq tabur black pepper, aku balut bagi nampak mewah. Damn, we didn't even know Hotdog could look this lavish. And apparently a little bit porn-ish.

Ada selalu Tariq bagi rosak hotdog sebab dia nak makan. Agak palat. Tapi aku rosakkan jugak satu dua. Tapi aku tidak palat.

6.40 pm

100 biji cukup cukup dalam 8 raga warna merah. Tariq bantai 4 raga, letak dekat wing D. Aku angkat 4, letak dekat wing A.



6.55 pm

Tariq buat first ronda. Dia balik bawak 40 ringgit. Pretty good.



7.10 pm

Second round Tariq ronda.

"Epoy, hang tengok ni"

'JANGAN BELI. CINA BUAT'

"Damn!"



9.25 pm

"Tariq, dah siap"

"Cantek. Esok kita print"

Hotdog aku Halal. Dan aku bukan Cina.









Tuesday, February 16, 2010

Momma

Rabu 1230hrs

"Jeliji, hang kat mana?"

"Rumah. Siap siap nak pi kerja. Awat?"

"Mintak tulung sikit"

"Apa?"

"Aku nak nasik ayam Marlia. Kak Ami nak satu. Dia nak belah dada"

"Dada Kak Marlia hang tak mau?"

Damn. Jeliji fetish MILF.

Sunday, February 7, 2010

Loya

Aku tahu aku tidak patut marah. Aku bukannya ibu kau. Dan kau bukannya bapak aku.

Kau buatlah apa yang kau mahu. Aku tahu kau memang keliru dengan diri sendiri.

Not A Good Move

I know I am doomed. Don't hate me for changing this new template. I think I need to revert to the old pure white. Sheesh, I am tumbling down.

Update
I have reverted the template to the old one. I wanted to have one of those in Tumblr but Blogger didn't have as such.

So, welcome home

Friday, February 5, 2010

Bulan Ini


"Pegang kuat kuat. Nanti angin bawa lari"

"Ahh apa salahnya? Aku ingin melihat langit biru dan awan putih di atas. Engkau di bawah. Marilah terbang sekali"

Lari! Dan bawa aku dalam mimpimu.

Saturday, January 30, 2010

Pantai




"Sememangnya kita manusia patut bersyukur. Sesekali berterima kasih kepada Tuhan dengan nikmat yang kau terima. Bukan dengan mengeluh dan berkata dunia ini tidak adil"

"Bukan! Aku percaya dengan qada dan qadar. Aku terima kehendak Allah. Tapi ini perit"

"Mungkin kau perlu lebih tabah"

"Fuck. Kalau nasihat stock zaman 60 an macam tu, aku tak perlu. Aku boleh fikir sendiri"

Aku tahu kau sedang berfikir. Tenangkan lah fikiran.

Friday, January 29, 2010

Di Situ


Aku keseorangan. Melihat laut dan bunga lotus dalam paya di tengah tengah bangunan resort. Dan makan sarapan yang far from consumable. Sambil merenung kuak kuak air di dalam kolam renang.

Aku ada banyak masa untuk rasa tenang. Dan hari ini aku rasa sedikit aman. Bukan lagi seperti dua minggu yang lepas.

Mungkin aku perlu lebih belajar untuk menerima semua benda seadanya. Sekurang kurangnya, aku tahu, apa yang aku expect tidak mungkin sama dengan apa yang aku akan dapat. Itulah sebabnya dalam semua benda, harus ada tolerance. Maksud aku, tolerance in number. Seperti plus minus 0.02mm.

Aku hendak mandi. Dan baca buku. Dan cium bau laut.

Saturday, January 23, 2010

Blah

Aku rasa rimas dengan maggot maggot nista yang datang untuk menghantar message spam yang tak guna. Aku tak pernah promo blog aku. Dan kalau kau datang hanya suka suka macam melawat fiunfair tepi rumah kau, aku harap kau berambus dari sini.

Kerana komen link gambar gambar bogel kau hanya sesuai untuk budak tingkatan 4.

Thursday, January 21, 2010

Aku Tahu Kau Kesejukan



i mourn and lament, and i see drips from your eyes fall to the ground, sweep away with the rush of endless rain. i understand. and i know its hard. stay strong. because, deep inside you, there's a little me to be there when you need a shoulder to cry on.


of The One in Oxfordshire
Epoy.


Thursday

i could start anywhere, the moment i jumped into that huge caravan and sang along Police's Every Breath You Take, or when you threw that sardonic grin to me. or the time when we thought those tadpoles were little fish, or the second we closed our eyes and left the world behind...

epoyogusto
malam jumaat

Monday, January 18, 2010

Hidup ini meletihkan. Tidak. Salah. Kerisauan itu meletihkan.

Aku tidur lepas solat maghrib malam tadi.

Aku letih.

Sunday, January 17, 2010

Tahi Dalam

Tadi aku berkira kira untuk menulis. Selepas 4 bulan aku senyap, aku rasa aku patut menulis sesuatu. Bukan kerana aku terpaksa menulis, tapi aku rasa memang aku patut menulis sebab aku sekarang berada dalam deep shit. Tahi Dalam. Jangan tanya dalam sampai mana sebab itu bukan maksud literal.

Ahh bodoh kalau fikir pasal masalah yang aku reka sendiri. Bukannya aku tak ada akal. Tapi manusia itu bodoh. Tak. Aku tak kata kau bodoh. Sebab kau binatang. Binatang tak dilahirkan dengan akal. Manusia macam aku ada. Tapi aku bangang sebab buat perangai palat tak guna akal untuk berfikir.

Kalau mak aku nak menyumpah, mak aku cakap

"Makan banyak banyak tapi semua jadi tahi"

Ohh aku rindu Mak aku.

Esok esok lah aku fikir masalah rumit aku ni. Kalau aku cerita, nampak macam aku loser gila.

Korang apa tau? Tali kasut pun bini ikat kan lagi.


p/s: aku rasa binatang ada akal. korang rasa?

Thursday, October 29, 2009

Honey And The Moon

Aku broken, seperti kaca pasu, bersepah di atas lantai, terpijak atas debris kaca yang pedih. Dan kaca yang shattered, sungguh pedih, it bleeds. Aku broken kerana kamu. Dan dia. Dan aku sendiri.

Aku broken, dan irama The Frames - People Get Ready dan Howie Day - Ghost, dan David Gray - This Year's Love dan Patty Griffin - Burgundy Shoes bersimpang siur di telinga aku. Aku dengar dan menangis. Dalam hati.

There's a truth in the saying that hidup perlu jadi complicated sekali sekala kerana tanpa haru biru dunia, tidak mungkin dunia ini ceria.