Tuesday, July 19, 2011

Apakah?

Ada ka lelaki normal dok tunggu/dengar/obses dengan lagu siti nurhaliza?

Saturday, July 9, 2011

Thursday, July 7, 2011

Hulaaaaa

Baked beans cap Carrefour yang aku beli 2 bulan lepas sudah naik kulat. Aku letak dalam peti ais.

Sedap baked beans tu. Without the mold lah.

Ingat nak beli lagi.

Tolong sponsor.

Saturday, June 25, 2011

Iron Man

Semalam, bila dengar cerita aku beli kasut jogging baru, Encik Bos ajak ikut dia jogging pagi pagi buta. Pagi ni bangun pukul 6 (dengan gigihnya walaupun malam tadi tidur pukul 3 pagi. Terima Kasih Kak Eda) dan lepas siap siap solat, baring atas katil tunggu confirmation tempat nak jumpa.

tet tet

"Lagi 5 min jumpa dekat simpang empat tepi rumah. Lambat tinggal"

Ok. First of all, wtf? Aku tanya nak jumpa kat mana 30 minit sebelum tu lagi. Dah terberak baru Encik Bos nak hantar text. Secondly, aku tau aku cergas (dan kurus, dan hensem, dan menarik, dan baik hati, dan *insert benda benda baik dekat sini*), tapi lima minit mana cukup beb. Tak kisah lah, lepas pakai kasut, lari jumpa dia dekat simpang empat. Dia pakai seluar tiga suku warna hijau fluorescent. Nenek striking. Baju warna baby blue.

Tak sempat apa lagi, dia dah lari dulu. Stamina aku pagi pagi tak berapa nak cantik sangat. So biarlah dia lari dulu. Kang aku pecut, nangis plak kang kena tinggal belakang.

Masa lari, jumpa monyet, tupai, kucing mati tepi jalan. Pokok akasia pun ada. Lepas tu jumpa kebun tembikai. Aku tanya dia, tu pokok apa. Dia cakap pokok sawi. Aku senyap sebab aku tau tu pokok tembikai. Haha. Jangan lawan Boss, hujung tahun nanti appraisal busuk plak.

Lepas cover 4km naik bukit turun bukit, masuk semak keluar semak, terjah selut, terjun paya semua, sampai la kat simpang empat tu balik. Dia singgah gerai nasi lemak, aku pun buat la muka kucing comel, mintak sebungkus nasi lemak ayam.

Granted. Nasi lemak ayam separuh. Dia beli nasi lemak ayam dengan nasi minyak untuk mem dia kat rumah.

Sampai rumah, aku punya semangat nak makan nasik lemak ayam bos belanja. Bukak bukak, ada nasik, sambal, kacang goreng dengan telur rebus suku.

Bos aku kedekut ka, memang orang kedai tu yang salah isi.


Sob sob sob.

Penat lari.

Sunday, June 19, 2011

Halo

Halo, aku tak berapa nak kenal dengan kamu semua. Mungkin kita boleh buat sesi taaruf. Sila perkenalkan diri.

Nama saya Epoy (nama pendek). Nama panjang Epoyogusto.

Anda pula?

Wednesday, June 15, 2011

Berita

Belum dapat apa apa berita. Sudah sebulan. Mungkin itu satu berita yang baik? Terima Kasih Statoil. Kerana tidak menolak!

Once you submit your application, the following steps will be taken:

1. Your application is received by Statoil.

2. A letter/e-mail confirming receipt of application will immediately be sent to you. Please contact us if you do not hear from us within 24 hours.

3. On the closing date of the application, the recruitment team will handle your application.

4. If your application is of interest, you will be contacted for an interview. There may be several rounds of interviews before selection is completed.

5. If you are successful, you will receive a written offer from us.

6. Otherwise, you will receive a rejection letter. If so, you are welcome to apply for another vacancy in the future.



Sunday, June 12, 2011

Tetamu Baru

Ops! Rupa rupanya Abe Lee pun baca!

Hello Abe Lee! Apa khabar?

-epoyogusto-

Sunday, May 29, 2011

Mungkin Nanti

Entahlah abah, mak, kak long, bang long, angah, kak ngah, achik, acu, anak anak sedara ku sekalian.

Alang bukan tuhan tau bila jodoh nak datang. Kalau mungkin ada pun, tak tentu lagi bahagia. Jangan lagi ditanya bila. Biar lah si Deris, Epul, Atan dan OJ tu kahwin. Alang mampu doa mereka bahagia sahaja.

Alang bahagia sekarang. Seorang, tanpa teman.

Jangan risau lagi. Jangan paksa lagi. Tolonglah.

Alang sudah penat.

Wednesday, May 25, 2011

Love Residue

Chemistry or chemisery, there is really something happening between us. Oohh crack it up!

Monday, May 16, 2011

Saturday, May 14, 2011

Oh Bulan!

Oh Bulan! Esok aku akan datang lagi, cuba mencari cari kamu. Jangan kamu menyorok disebalik awan!

Thursday, May 12, 2011

Bomba

Hello. Saya bekerja sebagai jurutera. Tapi saya bodoh.

Saya cuci stove dengan Flaw and Crack Detector - #1 Cleaner. Lepas tu saya nyalakan stove. Api naik sambar menyambar.

Nasib baik tak kena muka.

Saya jurutera. Tapi saya bodoh.

Saturday, May 7, 2011

Someone Like You

Someone Like You
May 8, 2011 11:34

I heard, that you're settled down.
That you, found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things, I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over.

Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead

Thursday, May 5, 2011

Stereophonic

Entah setan apa yang masuk kepala Saodah. Tiba tiba rasa nak marah, rasa nak meraung, rasa nak tampar orang, rasa nak hentak meja dengan penyapu, rasa nak berenti kerja. Semua ada. Semua jadi satu. Sampai Saodah rasa nak gila. Nak kata sampai bulan, baru ja berenti 3 hari lepas. Takkan nak datang lagi. Tak mungkin, circulation Saodah normal. Saodah muda lagi. Baru 25 tahun. Jauh lagi nak putus bulan. Saodah dongak tengok matahari, silau mata. Pedih mata. Tunduk bawah terus jadi pinar. Gelap.

"Shit"

Pandai Saodah mencarut. Tahi kalau translate jadi Bahasa Melayu. Dulu Saodah mengaji Microbiology dekat Brown University, USA. Jangan nak main main. Saodah dulu mengaji dekat Ivy League uni! Saodah dulu memang banyak main dengan Tahi. Tahi macam macam sudah Saodah pegang. Lembu, kerbau, tupai, siamang waima manusia sekalipun. Tu sebab Saodah sebut Shit. Bila sebut Shit, Saodah jadi tenang. Saodah nampak e coli Saodah jadi calm balik. Tapi hari ni, Saodah naik gila. Saodah sebut Tahi banyak kali macam jampi orang nak buang hantu.

"Shit. Tahi. Shit. Tahi. Shit. Tahi. Cirit"

Kalau ada Cirit tu, maksudnya Saodah marah sangat la tu. Sebut Shit pun tak boleh tenang jugak. Panas hati Saodah bila teringat dekat perangai Sedi yang celaka. Yang pundek. Yang pukimak.

"Aku tak hingin la kat kau! Muka macam kau aku boleh cari dekat Tepi Jalan je! Eh silap. Orang orang muka macam kau, datang kat aku masa aku duduk Tepi Jalan je. Eh silap. Babi la kau Sedi. Aku tak payah cari, orang orang Tepi Jalan macam kau cari aku je! Pepet la kau Sedi. Aku tak hegeh la nak kat kau", amuk Saodah tadi pukul 2 petang. Kain batik Saodah hampir londeh, sempat dia tarik, betulkan, ikat kemas kemas (haram jadah! baik aku ikat pakai tali tadi. haram jadah punya batik!), tarik sampai atas pusat.

Sedi tengok pokok kelapa tepi bilik air. Ada pukat udang, ada joran, ada pelampung kecil kecil. Bot sudah tak ada. Muda sudah bawak pegi jalan jalan Pulau. Pokok kelapa ke kiri ke kanan melintuk. Angin kuat tapi tak la ribut taufan. Kuat style tepi pantai la. Suara Saodah melalak sayup sayup je. Telinga berdesing dengan angin. Sedi nampak layang layang, langit biru dan burung helang.

"Woih Sedi. Ko lahanat lah binatang! Aku tengah cakap dengan kau!"

Sedi dengar, tapi Sedi malas layan. Baik Aku Makan Keropok Lekor Cap Kapal Laut Je. Saodah Gila.

Pagi tadi bila Sedi jalan jalan dekat Pasar Balok, try tengok hasil hasil laut, Sedi teringat dekat Maria. Sedi sedih sebab Maria dulu suka makan sotong celup tepung. Bila ada masa, Sedi dengan Maria akan pergi Pantai Batu Hitam, makan sotong goreng tepi pantai, sambil tengok orang orang bodoh main dekat air kotor laut. Ini semua salah Saodah. Mentang mentang Sedi dengan Maria menumpang teduh, sanggup dia buat Sedi dengan Maria macam binatang.

Maria pernah mengadu yang dia dah tak tahan. Setiap hari kena seksa. Bukan Maria rilek rilek pun duduk rumah Saodah. Maria buat la mana yang mampu. Bukan Maria tak nak buat, tapi Maria punya ability pun limited. Bila Sedi ingat balik pasal Maria dan Saodah, Sedi tak dapat tahan air mata. Sedi sedih! Saodah punca!

Saodah hati busuk! Saodah dengki! Saodah gila!

Sayup sayup Sedi dengar Saodah maki Sedi kucing bingai. Kucing haram jadah. Kucing lahap.

Sedi malas layan. Yang penting Sedi ada memori Maria. Dan Keropok Lekor Cap Kapal Laut. Sedi ambil dua je. Sedi nak rasa.......

Tuesday, May 3, 2011

Storm

Aku sudah malas fikir. Biarlah orang cakap cakap. Aku yang rasa perit. Pahit. Tak perlu justify lagi. Aku faham.