Malam ini tiada angin. Bunyi ombak lesu hampir inaudible. Bulan pun malu malu mahu keluar di sebalik awan. Warna malam pekat dengan hitam. Duduk tepi pantai, semua benda warna hitam. Even kaki aku. Even tangan. Kalau aku boleh tengok muka aku sendiri, mesti aku takut sebab kepala aku sendiri tak mungkin boleh nampak.
Tapi waktu aku menaip cerita bodoh ini, aku nampak tangan aku. Sebab aku ada cahaya dari telefon.
Lega.
Dulu malam malam macam ni, aku akan duduk tepi longkang depan rumah, sambil cuba tengok bulan dan bintang bintang dan segala macam benda yang berkilau kilau di langit. Dulu langit penuh dengan bintang, dan yang paling aku ingat adalah bintang tiga sederet. Cantik. Sekarang dah tak ada. Mana pergi? Mati? Ditelan black hole? Atau sengaja main sorok sorok macam bulan?
Sudah lah. Aku mahu tidur. Esok lagi 14 jam mahu kerja.
No comments:
Post a Comment