Friday, July 30, 2010

Bodoh lah kau

Malam ini tiada angin. Bunyi ombak lesu hampir inaudible. Bulan pun malu malu mahu keluar di sebalik awan. Warna malam pekat dengan hitam. Duduk tepi pantai, semua benda warna hitam. Even kaki aku. Even tangan. Kalau aku boleh tengok muka aku sendiri, mesti aku takut sebab kepala aku sendiri tak mungkin boleh nampak.
Tapi waktu aku menaip cerita bodoh ini, aku nampak tangan aku. Sebab aku ada cahaya dari telefon.

Lega.

Dulu malam malam macam ni, aku akan duduk tepi longkang depan rumah, sambil cuba tengok bulan dan bintang bintang dan segala macam benda yang berkilau kilau di langit. Dulu langit penuh dengan bintang, dan yang paling aku ingat adalah bintang tiga sederet. Cantik. Sekarang dah tak ada. Mana pergi? Mati? Ditelan black hole? Atau sengaja main sorok sorok macam bulan?

Sudah lah. Aku mahu tidur. Esok lagi 14 jam mahu kerja.

Wednesday, July 28, 2010

Tidur tanpa kamu

Pulang lewat lagi. Seperti biasa. Badan lenguh lenguh, kepala berat, perut lapar, hati teringat kamu.

Hempas badan atas comforter, sakit menyucuk. Keluar rumah, beli tilam baru.

Aku tidak kisah walau duit ada 200 dalam bank. Aku perlukan tidur lena. Aku sudah penat.

Tilam buat aku rasa macam manusia civilized kembali. Nasib baik Abe Lee bagi katil.

Terima kasih daun keladi, ada perabot free bagilah lagi.

Monday, July 26, 2010

The Way You Are

Bila aku lihat your face, aku tersenyum. Dan when I see your smile, the world stops dan aku berdansa.

Kerana kamu amazing, I like you just the way you are!

Sunday, July 25, 2010

Selamat Malam

Kamu manis. Macam gula batu dalam air lai chi kang. Dan lemak lembut macam cendol pulut . Dan warna warni macam ais kacang.

Kadang kadang kamu masin macam taucu. Dan pedas macam sambal. Dan hanyir macam laksa.

Tapi aku paling benci bila kamu jadi hambar dan tawar. Macam asam pedas terlebih air tak cukup garam.

Tapi aku sayang kamu. Sebab kamu macam macam bagi aku. Terima kasih kerana kamu tak pernah jadi makanan segera. Kamu authentic.

Cium sikit.

Tuesday, June 29, 2010

Verandah

Perlukan semangat untuk hidup. Seperti kereta perlukan petrol untuk bergerak. Kalau kalau abah tahu, kalau kalau mak dapat rasa, aku minta maaf awal awal.

Aku takut aku jadi orang yang bukan mereka harapkan.

Aku perlukan semangat. Semangat semakin menipis. Semakin surut. Lebih nipis dari kulit bawang. Aku cuma perlukan sedikit semangat.

Aku takut aku gagal. Dan cuba lari buat selama lamanya

Monday, June 28, 2010

Hujan

Hujan di luar. Lebat. Bunyi titisan air macam white noise selepas nightline di TV3. Kilat memancar mancar. Teringat aku kilau welding dalam foundry masa belajar dulu dulu. Waktu waktu begini, aku perlukan kamu. Seperti kamu manjakan diriku ketika kita berdua di tepi pantai di Terengganu. Mungkin kamu sudah lupa. Tapi aku harap, kamu tidak akan lupakan aku.

Kerana kamu, buat aku jadi gila.

Tuesday, June 1, 2010

Cuckoo

Ramai manusia bodoh. Tapi ada beberapa yang bodoh tapi pandir. Engkau pandir yang bodoh tapi cuba berlagak pandai dengan kertas yang engkau anggap sebagai tiket untuk menjadi pandai.

Engkau bodoh. Jadi sajalah bodoh. Engkau lebih sesuai dengan gelaran itu.

Kerana kalau engkau pandai pun, engkau tetap bodoh bagi aku. Dan dia. Dan tentunya dia.

Thursday, May 27, 2010

Selamat Tinggal

Kadang kadang kita tidak pasti bila masa kita patut berhenti mencuba. Tapi kita akan tahu, when the time comes.

Selamat tinggal. Jangan rindukan aku. Kerana aku belum tentu tahu siapa kamu.

Monday, May 24, 2010

Esok

Alasan, sebab dan penjelasan. Kadang kala kita tidak pasti bukan yang mana satu kita mahukan. Tapi yang pasti kita perlukan jawapan kepada persoalan. Mungkin jawapan itu satu penjelasan atau sebab, kita mungkin tahu. Dengar saja tona dan tenung riak wajah. Kita tahu. Kita bukan budak kecil.

Esok persoalan yang ada mungkin akan diberi dengan alasan. Manusia memang suka berdolak dalik!

Monday, May 10, 2010

Mungkin

Mungkin kamu tahu yang pengakhiran cerita kita bukan lah sesuatu yang manis? Tragis mungkin?
Mungkin.

Mungkin.

Aku harap kamu fikir kembali.

Saturday, May 8, 2010

Serabut

Benar, dulu aku selalu lari ke sini bila aku tiada tempat untuk mengadu. Masa aku sedih, dan jiwa kosong, dan ketika aku perlukan seseorang untuk berkata kata, dan cuma senyap, dan cuma mendengar apa yang aku perlu katakan, dan setuju dengan semua benda tanpa perlu buat muka judgmental dan questioning benda yang aku tahu mungkin salah dan mungkin benar.

Seperti kisah kanak kanak hingusan. Ditengking kerana sebuah robot plastik 3 ringgit.

Mungkin aku kanak kanak itu. Tapi aku bukan lagi hingusan. Mungkin sedikit berhingus kalau tiba sakit selesema, tapi itu bukan point aku. Point aku adalah aku, kanak kanak itu, remaja sosial, pakcik dan nenek di luar sana, semua memerlukan seseorang untuk mengadu. Dan pick side. Kerana the least thing that they want when problems strangling their necks adalah kemunculan tiba tiba shrink tidak bertauliah datang untuk beri nasihat cliche.

Yes! Mungkin aku perlukan nasihat sekali sekala. Tapi semua nasihat itu, aku boleh fikir sendiri. Apa yang aku perlu hanyalah teman untuk duduk diam dan dengar semua benda. Tanpa buat muka judgmental, dan questioning.

Kalau kamu perlu berteka teki, aku rasa baik aku beri jawapan sekarang. Ya, aku ada masalah aku sendiri. Minta maaf aku terpaksa bercerita di sini.

Kerana Kamu masih lagi sepi. Tidur di atas tilam empuk. Bersama udara kering sejuk. Dan bermimpi. Aku tidak tahu kalau kalau kamu menipu. Aku cuba percaya.

Kerana Aku sayang Kamu.

Emosi

Aku sedang emosi. Cuba untuk buang perasaan prasangka, tapi aku rasa kalau conscience aku benar, aku akan drop down kecewa.

Sudah lima kali aku ulang lagu Storm. Ya, Lifehouse yang nyanyi. Sekarang Damien Rice melalak dengan suara solemn.

Aku hilang punca. Kerana kamu.

Monday, May 3, 2010

Segi Tiga

Kamu tahu apa yang aku suka tentang kamu? Kamu baik. Kamu manis. Kamu buat hati aku gembira.

Ya aku tahu. Bukan selalu gembira.

Tapi gembira kadang kadang pun sudah cukup untuk buat aku gembira.

Cukuplah kalau kamu hanya bermain wayang dan beri harapan palsu.

Kerana harapan palsu pun, adalah harapan juga.

Thursday, April 22, 2010

Penat

Kalau benar ada option untuk kita tidak bercinta, mungkin aku akan pilih untuk tidak mencintai sesiapa. Bercinta adalah time consuming, melemaskan, buat hidup kita huru hara.

Tapi itu semua side effect. Bercinta buat aku rasa, seperti manusia. Akhirnya

Saturday, April 10, 2010