Tuesday, October 26, 2010

Hiasan Bilik

Tadi tengok Katy Perry dengan Russel Brand turun dekat Jaipur Airport. Dua dua letak shawl dekat atas bahu.

Aku ingat nak beli shawl jugak. Nak buat lapik meja komputer.

Apa barang letak shawl atas bahu beb!

Monday, October 11, 2010

Gatal

Satu hari menunggu phone call dari kamu, satu hari cuba untuk tidak peduli apa kamu buat, satu hari cuba pejam mata dan imagine naik atas awan dan lompat lompat macam atas trampoline.

Pergi klinik, doktor check blood pressure ok. Definition ok tu aku tak pasti tapi doktor ada sebut pasal 120/80. Ok la kot. Macam cantik je nombor. Bagitau doktor yang dulu pernah ambik maloxicam, tapi untuk test power je. Doktor angguk lepas tu bagi cafergot. Nama ubat pun dah creepy.

Ada aku kisah? Asal ada certified mc sudah.

Kepala pening pusing goyang semua ada bila sampai rumah. Telan synflex 275mg. Ubat warna biru, warna agak fancy. Guling guling atas katil, still sakit.

Sampai malam, pukul 11.30, kamu telefon. Kamu cakap kamu risau. Dan aku pun risau pasal kamu. Kamu sayang aku. Aku pun sayang kamu.

Tiba tiba sakit kepala hilang.

Demam rindu kot....

Wednesday, October 6, 2010

Mat Pit

Dulu, 4 tahun lepas, atau mungkin 3 tahun lepas, udang udang galah penuh satu sinki. Dari Sungai Perak dengar cerita. Abang pergi memancing. Hari ini sudah susah mahu dapat. Kalau dapat pun, mungkin 50 ringgit satu kati.

Anggapan sahaja. Yang sebenarnya aku beli 30 ringgit satu kilo. Mat Pit jual. Bukan! Bukan! Bukan penagih! Dia colleague! Nama dia Mat Pit! Bukan lah bangang! Dia kalau stone pun sebab over tidur. Dia tak high hisap ganja.

Nah ini gambar udang 30 ringgit satu kilo. Aku goreng cili. Makan dengan asam pedas ikan pari. Bolehlahhhhhhhhhhhh


Saturday, August 28, 2010

Sebelum Pulang

Semalam aku berkira kira untuk pulang. Tiga bulan sudah. Mana mungkin tidak rindu? Rindu. Tapi hati terlekat pada keyboard, DO dan piping isometric drawing. Google lima kali ugut nak tahan cuti. Abe Lee pulak lima ribu kali menagih mintak aku dengan Jeliji belanja buka puasa dekat Grand Hyatt. Kalau sekali cakap, boleh terima. Kalau 2 ribu kali mention benda yang sama? Rasa nak tampar pun ada.

Anyway, aku tak perlu marah marah bulan puasa. Bukan tak boleh marah, perlu marah. Tapi aku rasa, baik energy marah aku hantar pergi tempat yang lebih memerlukan. Contoh: buang sawang dekat siling dalam bilik. Tambah lagi sikit sarang labah labah, confirm rupa serupa rumah hantu dekat Pesta Konvo UPM.

Tapi itu far from point aku nak raise.

Aku balik kampung, hati sedikit girang sebab dapat pause dari menerima tanggungjawab selamat lima hari. For fuck's sake, 5 days worth of total freedom. From headaches, from constant calls from those arid anti social fucks. From relentless emails, scavenging for unfulfilled promises.

Letih.

Tapi sampai rumah, aku nampak wajah mak, raut muka abah. Hati sedikit terkocak. Berdetak hati tengok parents sendiri sudah worn out dengan usia. And aku realize, sudah lama aku tidak pulang, dan tatap wajah abah dengan mak. Aku tidak pernah ambil peluang untuk lihat setiap baris kedut, setiap helai uban, setiap kerut pada dahi.

Tidak pernah pula aku kira berapa kali abah batuk, berapa kali mak terencut encut mahu ke bilik air. Hati aku kering. Aku lack of empathy.

Bulan puasa ini aku mahu stay lama lama di rumah. Aku tidak kisah kalau perlu aku ambil unpaid leaves. Berapa sangat gaji aku kalau nak banding berapa abah sudah spend untuk hantar aku belajar tinggi tinggi?

Malam ini, di kampung, bintang bersepah di langit. Seperti ada bisik bisik di telinga "Kamu jangan pulang. Kamu sudah ada hati di sini"

Aku sayang Kamu!

Friday, August 6, 2010

Sedar

Haha kelakar! Kenapa aku perlu runsing pasal kamu bila kamu tidak pernah ambil pusing pasal aku?

Sudah sudah. Baik aku risau pasal insuran kereta.

Friday, July 30, 2010

Bodoh lah kau

Malam ini tiada angin. Bunyi ombak lesu hampir inaudible. Bulan pun malu malu mahu keluar di sebalik awan. Warna malam pekat dengan hitam. Duduk tepi pantai, semua benda warna hitam. Even kaki aku. Even tangan. Kalau aku boleh tengok muka aku sendiri, mesti aku takut sebab kepala aku sendiri tak mungkin boleh nampak.
Tapi waktu aku menaip cerita bodoh ini, aku nampak tangan aku. Sebab aku ada cahaya dari telefon.

Lega.

Dulu malam malam macam ni, aku akan duduk tepi longkang depan rumah, sambil cuba tengok bulan dan bintang bintang dan segala macam benda yang berkilau kilau di langit. Dulu langit penuh dengan bintang, dan yang paling aku ingat adalah bintang tiga sederet. Cantik. Sekarang dah tak ada. Mana pergi? Mati? Ditelan black hole? Atau sengaja main sorok sorok macam bulan?

Sudah lah. Aku mahu tidur. Esok lagi 14 jam mahu kerja.

Wednesday, July 28, 2010

Tidur tanpa kamu

Pulang lewat lagi. Seperti biasa. Badan lenguh lenguh, kepala berat, perut lapar, hati teringat kamu.

Hempas badan atas comforter, sakit menyucuk. Keluar rumah, beli tilam baru.

Aku tidak kisah walau duit ada 200 dalam bank. Aku perlukan tidur lena. Aku sudah penat.

Tilam buat aku rasa macam manusia civilized kembali. Nasib baik Abe Lee bagi katil.

Terima kasih daun keladi, ada perabot free bagilah lagi.

Monday, July 26, 2010

The Way You Are

Bila aku lihat your face, aku tersenyum. Dan when I see your smile, the world stops dan aku berdansa.

Kerana kamu amazing, I like you just the way you are!

Sunday, July 25, 2010

Selamat Malam

Kamu manis. Macam gula batu dalam air lai chi kang. Dan lemak lembut macam cendol pulut . Dan warna warni macam ais kacang.

Kadang kadang kamu masin macam taucu. Dan pedas macam sambal. Dan hanyir macam laksa.

Tapi aku paling benci bila kamu jadi hambar dan tawar. Macam asam pedas terlebih air tak cukup garam.

Tapi aku sayang kamu. Sebab kamu macam macam bagi aku. Terima kasih kerana kamu tak pernah jadi makanan segera. Kamu authentic.

Cium sikit.

Tuesday, June 29, 2010

Verandah

Perlukan semangat untuk hidup. Seperti kereta perlukan petrol untuk bergerak. Kalau kalau abah tahu, kalau kalau mak dapat rasa, aku minta maaf awal awal.

Aku takut aku jadi orang yang bukan mereka harapkan.

Aku perlukan semangat. Semangat semakin menipis. Semakin surut. Lebih nipis dari kulit bawang. Aku cuma perlukan sedikit semangat.

Aku takut aku gagal. Dan cuba lari buat selama lamanya

Monday, June 28, 2010

Hujan

Hujan di luar. Lebat. Bunyi titisan air macam white noise selepas nightline di TV3. Kilat memancar mancar. Teringat aku kilau welding dalam foundry masa belajar dulu dulu. Waktu waktu begini, aku perlukan kamu. Seperti kamu manjakan diriku ketika kita berdua di tepi pantai di Terengganu. Mungkin kamu sudah lupa. Tapi aku harap, kamu tidak akan lupakan aku.

Kerana kamu, buat aku jadi gila.

Tuesday, June 1, 2010

Cuckoo

Ramai manusia bodoh. Tapi ada beberapa yang bodoh tapi pandir. Engkau pandir yang bodoh tapi cuba berlagak pandai dengan kertas yang engkau anggap sebagai tiket untuk menjadi pandai.

Engkau bodoh. Jadi sajalah bodoh. Engkau lebih sesuai dengan gelaran itu.

Kerana kalau engkau pandai pun, engkau tetap bodoh bagi aku. Dan dia. Dan tentunya dia.

Thursday, May 27, 2010

Selamat Tinggal

Kadang kadang kita tidak pasti bila masa kita patut berhenti mencuba. Tapi kita akan tahu, when the time comes.

Selamat tinggal. Jangan rindukan aku. Kerana aku belum tentu tahu siapa kamu.

Monday, May 24, 2010

Esok

Alasan, sebab dan penjelasan. Kadang kala kita tidak pasti bukan yang mana satu kita mahukan. Tapi yang pasti kita perlukan jawapan kepada persoalan. Mungkin jawapan itu satu penjelasan atau sebab, kita mungkin tahu. Dengar saja tona dan tenung riak wajah. Kita tahu. Kita bukan budak kecil.

Esok persoalan yang ada mungkin akan diberi dengan alasan. Manusia memang suka berdolak dalik!

Monday, May 10, 2010

Mungkin

Mungkin kamu tahu yang pengakhiran cerita kita bukan lah sesuatu yang manis? Tragis mungkin?
Mungkin.

Mungkin.

Aku harap kamu fikir kembali.