Thursday, October 29, 2009

Honey And The Moon

Aku broken, seperti kaca pasu, bersepah di atas lantai, terpijak atas debris kaca yang pedih. Dan kaca yang shattered, sungguh pedih, it bleeds. Aku broken kerana kamu. Dan dia. Dan aku sendiri.

Aku broken, dan irama The Frames - People Get Ready dan Howie Day - Ghost, dan David Gray - This Year's Love dan Patty Griffin - Burgundy Shoes bersimpang siur di telinga aku. Aku dengar dan menangis. Dalam hati.

There's a truth in the saying that hidup perlu jadi complicated sekali sekala kerana tanpa haru biru dunia, tidak mungkin dunia ini ceria.

Wednesday, October 28, 2009

Mem Besar

Kalau lah definition kejayaan bagi kamu adalah memiliki kereta brand besar gila dari Germany atau negara Amerika, konsep pemahaman kamu itu sangat cetek.

Seperti itik. Tanya orang lain kenapa aku pilih Itik sebab aku pun tidak pasti the reasons behind. Cumanya, itik itu putih tapi kotor. Mungkin kau boleh faham. Kau bukan lagi budak kecil yang hisap puting warna kuning, dengan susu dalam botol yang sudah berkerak.

Ahh aku tahu yang kamu memang menilai kejayaan dengan kereta. Aku tahu, sebab note kamu dalam Facebook menceritakan segala galanya.

Sunday, October 11, 2009

Petang Ini

4 pm

Hujan lebat. Lopak lopak bertakung dengan air. Warna keperangan. Air tanah. Aku tidak pasti validiti untuk guna air itu untuk bersamak.

Boleh mungkin.

Bau hamis kencing kucing, bau longkang, bau asap chicken wing bakar (kasihan! baru nak buat outdoor activity, dah hujan), bau hujan. Masuk hidung satu kali, then confuse dengan bau yang macam macam.

Ahh aku perlukan tidur.