Saturday, June 25, 2011

Iron Man

Semalam, bila dengar cerita aku beli kasut jogging baru, Encik Bos ajak ikut dia jogging pagi pagi buta. Pagi ni bangun pukul 6 (dengan gigihnya walaupun malam tadi tidur pukul 3 pagi. Terima Kasih Kak Eda) dan lepas siap siap solat, baring atas katil tunggu confirmation tempat nak jumpa.

tet tet

"Lagi 5 min jumpa dekat simpang empat tepi rumah. Lambat tinggal"

Ok. First of all, wtf? Aku tanya nak jumpa kat mana 30 minit sebelum tu lagi. Dah terberak baru Encik Bos nak hantar text. Secondly, aku tau aku cergas (dan kurus, dan hensem, dan menarik, dan baik hati, dan *insert benda benda baik dekat sini*), tapi lima minit mana cukup beb. Tak kisah lah, lepas pakai kasut, lari jumpa dia dekat simpang empat. Dia pakai seluar tiga suku warna hijau fluorescent. Nenek striking. Baju warna baby blue.

Tak sempat apa lagi, dia dah lari dulu. Stamina aku pagi pagi tak berapa nak cantik sangat. So biarlah dia lari dulu. Kang aku pecut, nangis plak kang kena tinggal belakang.

Masa lari, jumpa monyet, tupai, kucing mati tepi jalan. Pokok akasia pun ada. Lepas tu jumpa kebun tembikai. Aku tanya dia, tu pokok apa. Dia cakap pokok sawi. Aku senyap sebab aku tau tu pokok tembikai. Haha. Jangan lawan Boss, hujung tahun nanti appraisal busuk plak.

Lepas cover 4km naik bukit turun bukit, masuk semak keluar semak, terjah selut, terjun paya semua, sampai la kat simpang empat tu balik. Dia singgah gerai nasi lemak, aku pun buat la muka kucing comel, mintak sebungkus nasi lemak ayam.

Granted. Nasi lemak ayam separuh. Dia beli nasi lemak ayam dengan nasi minyak untuk mem dia kat rumah.

Sampai rumah, aku punya semangat nak makan nasik lemak ayam bos belanja. Bukak bukak, ada nasik, sambal, kacang goreng dengan telur rebus suku.

Bos aku kedekut ka, memang orang kedai tu yang salah isi.


Sob sob sob.

Penat lari.

Sunday, June 19, 2011

Halo

Halo, aku tak berapa nak kenal dengan kamu semua. Mungkin kita boleh buat sesi taaruf. Sila perkenalkan diri.

Nama saya Epoy (nama pendek). Nama panjang Epoyogusto.

Anda pula?

Wednesday, June 15, 2011

Berita

Belum dapat apa apa berita. Sudah sebulan. Mungkin itu satu berita yang baik? Terima Kasih Statoil. Kerana tidak menolak!

Once you submit your application, the following steps will be taken:

1. Your application is received by Statoil.

2. A letter/e-mail confirming receipt of application will immediately be sent to you. Please contact us if you do not hear from us within 24 hours.

3. On the closing date of the application, the recruitment team will handle your application.

4. If your application is of interest, you will be contacted for an interview. There may be several rounds of interviews before selection is completed.

5. If you are successful, you will receive a written offer from us.

6. Otherwise, you will receive a rejection letter. If so, you are welcome to apply for another vacancy in the future.



Sunday, June 12, 2011

Tetamu Baru

Ops! Rupa rupanya Abe Lee pun baca!

Hello Abe Lee! Apa khabar?

-epoyogusto-