Thursday, August 20, 2009

Popular

Pengarang pengarang erotis selalu memulakan cerita dengan "It's 1.14 a.m in the morning, and I am wide awake" atau "Aku kesejukan dalam dingin malam", bagi aku semua itu adalah total bullshit. Sampah sarap nista.

Walaupun aku teringin sebenarnya untuk memulakan cerita dengan frasa frasa klise seperti itu, aku cuba halang diri aku untuk commit to such a thing, sebab aku tahu aku mungkin akan berenang renang dalam muntah hijau aku sendiri, ataupun seperti dalam filem Slumdog Millionaire - Saleem terjun ke lubang tahi kerana ingin bertemu seorang idol, atau mungkin idol orang lain yang agak cool untuk ditiru menjadi idol sendiri, atau mungkin no one, hanyalah manusia biasa di mana kerjayanya adalah pelakon layar perak yang dibayar gaji lumayan.

So, aku kuburkan cita cita aku untuk make use such a phrase dalam cerita aku, seperti unsur kimia pelik di dalam jadual kimia berkala, yang selalu terabai. Barangkali kalau aku twist pengolahan cerita aku, aku mampu tampak lebih hebat dari novelis melayu yang idea sudah kering dengan cerita cerita basi. Kisah recycle balik balik digunakan, dan hasilnya product kitar semula yang lebih sampah dari bau udang busuk di Tesco.

Aku menulis kerana aku rasa aku patut menulis. Aku menulis sebab aku mahu kau baca dan berikan rekognasi walaupun sekecil bilis. Aku menulis kerana aku loya dengan konsep stereotype penulis muda yang idea terbatas dengan kisah percintaan bodoh anak datuk/mengandung luar nikah/jantan main bohsia/ jadi addict sebab terbiar (orang kaya konon! Hark tuih).

Dulu waktu A Samad Said menulis Salina, Shahnon Ahmad menulis Ranjau Sepanjang Jalan, sastera melayu naik mencanak macam kisah renaissance di eropah. Aku boleh baca kisah cinta, tapi kisah cinta bodoh melayu aku tak mampu, even nak buka mata.

Aku ahli Popular. Aku beli buku setiap bulan. Tapi aku tak pernah lagi beli buku dari novelis melayu. Kerana crap. Aku baca novel inggeris bukan kerana aku rasa aku orang eropah, atau berlagak hendak speaking London. Aku beli sebab aku tau Novel Melayu crap.

Novelist, buat lah sesuatu. Langkah pertama: Design kulit buku needs major makeover. Aku judge a book by its cover. Kulit buku sudah menawan, touch up isi dalam. Jangan terikut gaya penulisan orang lain. Sebab kalau kau ikut, kau bodoh.

Kau baca, mesti kau rasa hebat. Bagi satu chapter kepada total stranger. Kalau mereka suka, kau berjaya. Kalau mereka buat muka celaka, kau adalah total loser.

Good luck.

Terima kasih.

No comments: