Monday, September 7, 2009

Aku dan Pengakuan Bodoh

Aku patut tidur 3 jam yang lepas tapi aku rasa tanggungjawab aku pada malam ini belum selesai. Aku perlu menulis sebab aku tahu, hidup bukan hanya dengan tidur, makan, kerja dan tengok wayang. Atau berbelanja sakan macam orang gila di pasaraya atau di lorong lorong penjaja, tapi lebih dari itu. Kewajipan untuk berkongsi cerita, buruk atau baik kalau tak reti beza, baik tanam kepala dalam pasir tepi Pantai Port Dickson.

Aku sanggup berjaga untuk berkata kata bukan kerana kamu, kamu atau kamu. Kalaupun ada fragmen fragmen kata yang ada kaitan dengan kamu semua, itu mungkin koinsiden yang aku cuba selitkan untuk membuat efek kisah ini lebih real.

Secara teknikal, aku akan berumur 25 tahun sebulan lebih sahaja lagi. Aku mula kenal kawan kawan aku, mungkin ketika aku baru 4 tahun. Kawan kawan itu plural. Aku kenal seorang sahaja. Aisyah Ismail. Jiran sebelah rumah aku. Perempuan cool dengan ramai peminat. Aku tak faham sebab dia average, petite (aku nak cakap midget tapi nanti dia kecik hati), biasa biasa sahaja, tapi ramai peminat. Beliau Kawan Aku sampai sekarang. Masa bulan puasa kami pasang pelita buluh (tebang buluh dekat rumah Huzairi), sekali dengan Rafidah, Azizah, Salmah dan Memek.

Dulu dulu. Sekarang aku ajak, dia dah tau malu. Katanya Aku Sudah Besar walaupun tak besar mana. Walaupun aku rasa pasang pelita buluh atau bakar buah sawit itu agak humiliating, aku rasa benda itu agak fun.

Aku rindu kisah kisah kecil dahulu. Innocent, hidup dalam ketawa dan kisah dongeng perpustakaan.

Tapi itu kisah para ketika ketiak belum berbulu. Muka belum terkinja kinja hendak berhias. Hati belum menggeletis hendak kahwin. Tangan belum gatal hendak menulis surat cinta.

Sekarang, aku maksudkan sekarang - setelah beberapa tahun dilabelkan sebagai dewasa - aku kadang kadang terkeliru dalam maksud sebenar frasa Persahatan. Confuse dalam kerumitan perkataan itu sendiri. Betapa sukarnya untuk menjadi seorang kawan, betapa tough nya untuk kekal sebagai kawan, dan betapa rumitnya untuk maintain sebuah persahabatan.

Sometimes, aku terfikir tiba tiba, adakah aku seorang sahabat to my so-called sahabat? Adakah dia rasa aku ini seorang sahabat atau hanya seorang acquaintance yang ketawa riang ria bersama dia ketika semua benda kelihatan jovial? Apa yang perlu aku buat untuk menjadi seorang sahabat? Pujian melambung? Kata kata yang ease his/her heart/feeling? Menjadi pendengar dan pak turut setia yang konstan dengan semua cerita bahlul mereka? Menjadi penyabar dan terima semua kata kata nista yang pedih dan keep on smiling kerana tidak mahu hati sahabat kita terluka?

Aku boleh menjadi outspoken seperti insiden pakcik keparat kedekut plastic bag di pasar malam Balok, aku boleh bersuara, memprotes dan berdiri menegakkan pendapat aku. Aku boleh menjadi 180 degrees differently dari aku yang sebenarnya.

Tapi aku tidak nampak option itu sebagai viable, kerana dengan options itu aku mungkin kehilangan sahabat. Kerana aku rasa option itu bukan lah option yang ada untuk aku, tetapi options untuk orang lain, dan aku tidak layak untuk mendapat options sebegitu rupa kerana aku terlalu fragile untuk semua itu.

Apalah sangat penghinaan dan rejeksi hendak dibandingkan dengan persahabatan? Aku terima sahaja.

Tetapi, aku ada limit, aku ada perasaan aku sendiri untuk dijaga, aku juga ada air mata. Kalau sebelum ini aku tidak pernah menyindir, menghina, mengabaikan, berkata kasar dengan kamu; apa salahnya kamu jua berbuat begitu untuk aku.

Ooh aku lupa, aku manusia bodoh, kurang pelajaran, hidup pura pura.

Jangan lupa untuk contact aku andaikata kamu perlukan boneka untuk dihina!

No comments: