Friday, August 26, 2011

Before Syawal

Sekejap lagi sudah mahu bersiap siap pulang ke kampung halaman. Jumpa abah, ibu, adik beradik, anak sedara, sepupu sepapat, sedara mara, mana mana yang ada. Perhaps dapat jumpa kakak sekali yang sudah boyot. Tanya bila nak kluaq, dia senyap tak mau habaq. Kita tunggu ja la satgi. Jangan anak dia satgi perangai gila macam mak dia sudah.


Ramadhan lagi 2 hari akan berakhir. Rasa sekejap sahaja tahun ni berpuasa. Letih tak ada, dahaga kurang, lapar pun sipi sipi ja. Alhamdulillah. Kita tak pernah tahu apa jenis rezeki Allah nak bagi dekat kita, sometimes it comes in a box of money, sometimes it pops in front of your face in a package of complete happiness, and sometimes, Allah bagi rezeki dekat kita dengan rasa tak letih berpuasa. Boleh teruskan mana mana amal ibadat yang kita dah lupa, yang kita dah tinggal. Ramadhan bulan pengisian dengan amal. Tapi kalau letih sikit sikit tu, standard la. Ko bukannya budak kecik umur 5 tahun yang tak larat nak tahan puasa. Tua bangka, buat la perangai macam tua bangka.


Aku tak pernah sangka Ramadhan tahun ini banyak bawa perubahan. Sedar tak sedar, buang rasa malas, cuma ingat nak kejar apa yang Allah dah bagi pada bulan puasa ni. Kalau tak dapat banyak, mana mana yang tersempat buat tu, rasa rasa masih tak cukup, tapi boleh lah sebab selama ni, aku bukannya baik mana pun. Cuma tahun ini, rasa perubahan tu perlu ada. Rasa perubahan tu perlu datang. Kita tahu kita perlukan perubahan, tapi alasan yang kita bagi setiap hari untuk tolak paksaan hati untuk berubah - aku masih tidak kuat.


Kuat atau tidak, itu bukan persoalan. Persoalannya sekarang sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan macam ini. Ya betul kita tak ada button on and off yang boleh kita tekan untuk berubah. Tapi apa salahnya kita berubah perlahan lahan. Cari kelemahan diri, lawan dan terus lawan.


Alhamdulillah, Ramadhan kali ini adalah satu keajaiban. At least bagi aku. Rezeki tuhan bagi datang melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah.


Syawal dah tak lama dah nak jengah muka. Sejengkal je lagi. Semoga kalian semua gembira meraikan hari kemenangan. InsyaAllah.


Dah alang alang menaip ni, saya Mohamad Saifol bin Aaisa seikhlas hati ingin meminta ampun dan maaf kepada kawan kawan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti. Sengaja atau tidak tu saya sudah lupa. Saya sedar mulut ni ringan semacam, sedap je nak mengata orang, sedap je kata itu ini. Tapi kadang kadang itu semua gurauan. Kasar atau tak tu, depends pada si penerima lawak. Halalkan makan minum. Selalu saya terambik tak bagi tau. Mintak lah halalkan, sebab dah jadi darah daging. Mana mana saya terhutang sesiapa tu, tolong lah bagitau. Minta maaf kalau terlupa, memang tak patut sangat sangat. InsyaAllah, saya cuba bayar secepat mungkin. Tapi kalau umur tak panjang, mintak sangat sangat tolonglah halalkan.


Itu sahaja. Tiada note tentang aci, atau pelita buluh, atau popia basah tahun ini. Tak semangat pun sebenarnya nak raya. Tak terasa pun. Cuma rindu pada ibu dan abah. Sangat sangat.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


Love,

Mohamad Saifol bin Aaisa


p/s: bagilah duit raya sikit! hehe


No comments: