Friday, April 29, 2011

Aaahhhhhh!

Pertama kali aku jumpa haiwan zoo tapi bukan berada dalam zoo adalah ketika aku balik dari road trip ke rumah Grik di Grik Perak. Nama dia bukan Grik. Mak bapak dia tak la moden mana nak namakan anak nama Greek, atau Greece. Tapi sebab dia duduk dekat Grik, terus nama dia jadi Grik. Nama betul dia adalah Rohaizad. Aku panggil Ijad dari zaman belajar sebelum masuk sekolah pondok.

Masa tu kami ramai ramai naik kereta. Ada empat lima bijik kereta masa tu. Konvoi ramai ramai masuk jalan kampung, tengok pokok pokok hutan, tengok tempat orang. Jauh. Mak nenek jauh. Kami dari Shah Alam, tengok tengok dah sampai pekan Grik. Nak sampai ke rumah dia, kena masuk hutan. Bukan hutan main main, memang hutan datuk segala hutan. Jalan pun muat sebijik kereta ja. Kalau rasa rasa teringin nak bawak traktor masuk, memang kena tebang dulu pokok getah kiri kanan. Tu pun kalau tak mau sangkut la.

Kami sampai waktu subuh. Masa tu gelap gelita, so bila sampai rumah Grik, kami pun tidur. Mak Grik baik, dah siapkan bantal dengan tilam nipis untuk kami tidur. Bila bangun, sedar sedar dah ada nasi lemak style kampung depan mata. Perlu ditegaskan bahawa nasik lemak tu memang nasik lemak style kampung. Sedap dan nyaman.

Oh lupa pulak nak cerita kenapa kami ramai ramai masuk hutan pergi rumah Grik. Masa tu musim durian, manggis, langsat, segala jenis buah buah eksotik ada masa tu. So kami singgah la rumah dia nak makan buah (dengan harapan nak cilok sebijik dua masuk bonet kereta), lagipun dah lama tak berjalan dengan kawan kawan. Lagipun masa tu rindu Jaie. Hehe.

Pagi tu, kami masuk dusun. Agak kagum tengok adik adik Grik masuk hutan tak pakai kasut waima selipar sekalipun. Mau terpijak duri, terpijak ranting pokok tajam, tak ke naya. Budak tu kecik je lagi, bukan besar mana pun. Ada la dalam 5 tahun. Kalau dah tingkatan 3, to the hell la tak nak pakai selipar pun. Tapak kaki dah keras macam batu bata. Adik Grik ni, agak Tarzan. Panjat pokok sana sini, siap boleh pergi ranting kecik kecik. Siap boleh tolong jolokkan buah apa tah. Nama pelik. Aku malas nak ingat, buat habis resources.

Tengah hari tu, mak Grik masak lagi benda benda angker. Bayangkan nasik panas, dengan gulai lemak, ada ikan masin, ada ikan goreng kecik kecik dengan sambal kelapa. Hidangan tengahari yang sungguh orgasmic. Ada la aku repeat order 3 kali. Nak makan banyak banyak malu. Tapi kira ok lah tambah 3 kali, tak la kempunan bila balik KL. Betul?

Petang tu sebelum balik, mak Grik keluarkan charm dia yang paling extreme. Sumpah sepanjang hidup tak pernah makan benda ni. Pulut, durian fresh dengan santan. Ambik pulut, cubit durian, siram dengan santan. Masuk je mulut, nampak bintang berkedipan, nampak bulan, nampak Switzerland. Indah! Indah!

Hari ni, disebabkan aku sudah terkena badi durian pulut, aku nak pay tribute to mak Grik. Durian sudah kopek kopek, sudah perisi, sudah letak dalam tupperware. Aku tau tak fresh, tapi mana ada orang simpan durian sampai 3 hari. Habis la lebam beb. Aku nak pergi Kuala Terengganu dengan balaci balaci rumah. Tunggu hari Isnin la buat pulut. Carik santan, perah perah lepas tu basuh dengan durian.

Syurga.

Terima kasih Din sebab belanja durian. Aku mana la ada duit nak beli durian. Kirim salam dekat Nusrizan. Hehehehe



No comments: