Monday, April 25, 2011

Air Pasang

Cuba cuba lihat kembali perjalanan hidup. Masa duduk di atas batu di pemecah ombak, aku nampak diri aku sedang lemas dalam laut. Tangan tergapai gapai minta tangan yang sudi tarik ke tepi, tapi batu besar besar, kalau ada manusia mahu tolong sekalipun, mungkin fikir 20 kali. Lama lama, gapai gapai jadi lambai lambai, lambai lambai jadi kaku, hilang ditelan air masin.

Aku, laut, batu dan tangan manusia.

Semua tak mampu tolong aku lagi. Kehidupan kini semakin shitso. Tapi macam mana pun, jalan keluar ada. Nampak tak nampak itu belakang cerita.

Bukankah manusia dianugerahkan akal untuk berfikir?


No comments: