Wednesday, April 27, 2011

Mata Mikael

Malam itu gelap. Sangat gelap. Tidak seperti malam malam yang biasa. Seperti malam malam sebelum ini. Ada bulan. Ada bintang bersepah sepah atas langit, macam manik kilau kilau pada baju jubah hitam Saodah. Yang ada cuma rasa angin sayup sayup. Lembut lalu di atas kulit Mikael, sepoi sepoi. Seurat dua rambut Mikael terbuai buai, macam akar pokok hutan yang selalu Tarzan panjat dan bergayut. Warna rambut Mikael yang dari perang jadi hitam, semua tidak visible, senyap. Seolah olah semua pancaindera Mikael sudah hilang fungsi.

Mikael cuba kuis kuis pasir pada kaki - lembut, suam, halus. Dia pusing belakang, mana tahu ada cahaya, tapi cuma yang ada adalah kanvas warna hitam. Gelap gelita. Tiada warna. Oh hitam itu juga satu warna. Tapi Mikael mahu warna lain dari hitam. Mikael mahu lihat kembali semua benda. Mikael mahu cahaya.

Kadang kadang, bau peluh menusuk hidung. Dia tahu yang dia belum lagi mandi. Ahh apa guna mandi kalau tekak aku pun kering tak bersiram air? Dia pusing belakang sekali lagi. Cuba beri harapan pada diri sendiri yang cahaya akan ada. Nanti. Mungkin bukan sekarang. Mungkin lain kali. Mikael perlahan lahan baringkan badan pada pasir. Whoaa suam! Macam duduk dalam comforter. Sejuk yang cover up badan mula hilang. Mikael selesa. Mikael pejam mata. Mikael mahu cahaya.

Mikael buka mata, mengharapkan kunang kunang datang dan bawa cahaya dari bontot yang berkilau kilau. Kadang kadang dia rasa selesa. Kadang kadang dia rasa lemas. Of course lah, pejam mata gelap, buka mata pun gelap. Takkan dunia Mikael sekarang cuma revolve around warna hitam? Dia panik, peluh sejuk tiba tiba naik pada dahi, pada kumis, pada tangan. Ini bukan peluh dari suam pasir. Ini bukan peluh sebab hari siang panas. Ini peluh sebab dia takut, sebab apa yang dia nampak cuma warna hitam.

Mikael sedar ada titik titik air pada mata. Basah. Mikael mahu cahaya.

Mikael mahu lari. Mikael tidak mahu kembali.

No comments: