Saturday, April 16, 2011

Gajah dan Elephant Liar

Seekor Gajah balik Kuala Lumpur dua minggu lepas. Dengar cerita, ada interview dengan syarikat Zirafah (Fortune Global 500 - top 10. Hebat? Ooh malu I) untuk jadi Jurutera Pelantar Minyak. Mula mula Gajah ingat orang HR syarikat Zirafah buat lawak April Fool sebab interview tu fell on 1st April 2011.

Rupa rupanya bukan April Fool. Sungguh sungguh Jejaka Supervisor hantar email kata datang untuk sembang sembang dengan dia. Gajah risau jugak. Bila cakap pasal sembang sembang, mesti nak kena suap minum air kopi. Paling haram jadah pun, hirup air dekat Dome. Gajah risau sebab mana la Gajah ada wang nak masuk kedai kopi mahal mahal (secawan 15 ringgit wadafak. Kalau minum dekat lopak air, Gajah kata Free! Free!). Lagipun Gajah gabra nak masuk kedai kopi macam tu. At least seluar kena pakai cap Edwin, baju cap Cheetah. Shit la.

Gajah kata "I don't give a damn" dalam hati. Gajah bukan calang calang. English dia boleh tahan.

Bila Gajah sudah nekad, semua binatang dalam hutan lain tak boleh halang. Gajah pun, memulakan adventure beliau jalan kaki ke Kuala Lumpur. Nak naik kereta takut tayar pancit. Nama pun gajah, bukan nya Kijang!

Sampai di Kuala Lumpur, gajah pergi berjumpa dengan Elephant Liar (Liar as in Wild. Bukan Liar = penipu. Whopps), dengan niat hendak tumpang berteduh. Elephant Liar baru dapat rumah baru, baru sewa di tengah tengah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur. Elephant Liar bukan jenis gajah kampung. Hidup dia memang di bandar. Dia kata lah!

Lepas Gajah habis interview, Elephant Liar dengan Gajah bersiar siar di AEON Bukit Tinggi. Dulu AEON Bukit Tinggi ni tempat Gajah berak kencing je, sekarang sudah jauh sebab Gajah sekarang duduk dekat Kuantan. Mana la mampu nak jalan kaki setiap minggu jejak AEON Bukit Tinggi.

Masa jalan jalan, Gajah tiba tiba nampak alat penimbang. Gajah girang sebab dah lama dia tak timbang berat badan dia. Elephant Liar senyap je sebab dia tak berani naik penimbang, sebab dia pemalu macam perempuan/betina (perempuan malu 2 benda. 1) Tanya umur 2) Tanya berat). Gajah pun letak la duit 20 sen dalam mesin timbang, hati berdebar debar takut spring dalam mesin timbang terus lenyek. Bila dia naik, spring tak lenyek, tapi mesin tu punya la lambat nak bagi result.

Tunggu punya tunggu, result pun keluar. Berat dia tulis 95kg. Nenek atok pakcik maklong segala berat. Gajah tengok je nombor tu sambil buat buat tak perasan yang dia berat macam gajah. Elephant Liar tengok sambil senyum senyum. Tak berani nak cakap apa apa sebab nanti kalau Gajah suruh dia naik atas scale, mesti la dia malu sebab secara theory Elephant Liar gajah bandar. Gajah bandar memang berat lagi dari gajah pedalaman.

Kesimpulannya, Gajah tak kisah. Sebab Gajah cakap, segajah gajah dia pun, ada jugak orang nak kat Kuantan nun.

So, kesimpulan, tak kira Gajah ke, Elephant Liar ke, Kijang ke, setiap orang ada jodoh sendiri.

Terima Kasih.

2 comments:

syahrir said...

hahahahaha...
macam kesial!!

Ainur68 said...

Ko nk lari kemana Gajah???? Hahahaha...