Friday, April 29, 2011

Aaahhhhhh!

Pertama kali aku jumpa haiwan zoo tapi bukan berada dalam zoo adalah ketika aku balik dari road trip ke rumah Grik di Grik Perak. Nama dia bukan Grik. Mak bapak dia tak la moden mana nak namakan anak nama Greek, atau Greece. Tapi sebab dia duduk dekat Grik, terus nama dia jadi Grik. Nama betul dia adalah Rohaizad. Aku panggil Ijad dari zaman belajar sebelum masuk sekolah pondok.

Masa tu kami ramai ramai naik kereta. Ada empat lima bijik kereta masa tu. Konvoi ramai ramai masuk jalan kampung, tengok pokok pokok hutan, tengok tempat orang. Jauh. Mak nenek jauh. Kami dari Shah Alam, tengok tengok dah sampai pekan Grik. Nak sampai ke rumah dia, kena masuk hutan. Bukan hutan main main, memang hutan datuk segala hutan. Jalan pun muat sebijik kereta ja. Kalau rasa rasa teringin nak bawak traktor masuk, memang kena tebang dulu pokok getah kiri kanan. Tu pun kalau tak mau sangkut la.

Kami sampai waktu subuh. Masa tu gelap gelita, so bila sampai rumah Grik, kami pun tidur. Mak Grik baik, dah siapkan bantal dengan tilam nipis untuk kami tidur. Bila bangun, sedar sedar dah ada nasi lemak style kampung depan mata. Perlu ditegaskan bahawa nasik lemak tu memang nasik lemak style kampung. Sedap dan nyaman.

Oh lupa pulak nak cerita kenapa kami ramai ramai masuk hutan pergi rumah Grik. Masa tu musim durian, manggis, langsat, segala jenis buah buah eksotik ada masa tu. So kami singgah la rumah dia nak makan buah (dengan harapan nak cilok sebijik dua masuk bonet kereta), lagipun dah lama tak berjalan dengan kawan kawan. Lagipun masa tu rindu Jaie. Hehe.

Pagi tu, kami masuk dusun. Agak kagum tengok adik adik Grik masuk hutan tak pakai kasut waima selipar sekalipun. Mau terpijak duri, terpijak ranting pokok tajam, tak ke naya. Budak tu kecik je lagi, bukan besar mana pun. Ada la dalam 5 tahun. Kalau dah tingkatan 3, to the hell la tak nak pakai selipar pun. Tapak kaki dah keras macam batu bata. Adik Grik ni, agak Tarzan. Panjat pokok sana sini, siap boleh pergi ranting kecik kecik. Siap boleh tolong jolokkan buah apa tah. Nama pelik. Aku malas nak ingat, buat habis resources.

Tengah hari tu, mak Grik masak lagi benda benda angker. Bayangkan nasik panas, dengan gulai lemak, ada ikan masin, ada ikan goreng kecik kecik dengan sambal kelapa. Hidangan tengahari yang sungguh orgasmic. Ada la aku repeat order 3 kali. Nak makan banyak banyak malu. Tapi kira ok lah tambah 3 kali, tak la kempunan bila balik KL. Betul?

Petang tu sebelum balik, mak Grik keluarkan charm dia yang paling extreme. Sumpah sepanjang hidup tak pernah makan benda ni. Pulut, durian fresh dengan santan. Ambik pulut, cubit durian, siram dengan santan. Masuk je mulut, nampak bintang berkedipan, nampak bulan, nampak Switzerland. Indah! Indah!

Hari ni, disebabkan aku sudah terkena badi durian pulut, aku nak pay tribute to mak Grik. Durian sudah kopek kopek, sudah perisi, sudah letak dalam tupperware. Aku tau tak fresh, tapi mana ada orang simpan durian sampai 3 hari. Habis la lebam beb. Aku nak pergi Kuala Terengganu dengan balaci balaci rumah. Tunggu hari Isnin la buat pulut. Carik santan, perah perah lepas tu basuh dengan durian.

Syurga.

Terima kasih Din sebab belanja durian. Aku mana la ada duit nak beli durian. Kirim salam dekat Nusrizan. Hehehehe



Wednesday, April 27, 2011

Mata Mikael

Malam itu gelap. Sangat gelap. Tidak seperti malam malam yang biasa. Seperti malam malam sebelum ini. Ada bulan. Ada bintang bersepah sepah atas langit, macam manik kilau kilau pada baju jubah hitam Saodah. Yang ada cuma rasa angin sayup sayup. Lembut lalu di atas kulit Mikael, sepoi sepoi. Seurat dua rambut Mikael terbuai buai, macam akar pokok hutan yang selalu Tarzan panjat dan bergayut. Warna rambut Mikael yang dari perang jadi hitam, semua tidak visible, senyap. Seolah olah semua pancaindera Mikael sudah hilang fungsi.

Mikael cuba kuis kuis pasir pada kaki - lembut, suam, halus. Dia pusing belakang, mana tahu ada cahaya, tapi cuma yang ada adalah kanvas warna hitam. Gelap gelita. Tiada warna. Oh hitam itu juga satu warna. Tapi Mikael mahu warna lain dari hitam. Mikael mahu lihat kembali semua benda. Mikael mahu cahaya.

Kadang kadang, bau peluh menusuk hidung. Dia tahu yang dia belum lagi mandi. Ahh apa guna mandi kalau tekak aku pun kering tak bersiram air? Dia pusing belakang sekali lagi. Cuba beri harapan pada diri sendiri yang cahaya akan ada. Nanti. Mungkin bukan sekarang. Mungkin lain kali. Mikael perlahan lahan baringkan badan pada pasir. Whoaa suam! Macam duduk dalam comforter. Sejuk yang cover up badan mula hilang. Mikael selesa. Mikael pejam mata. Mikael mahu cahaya.

Mikael buka mata, mengharapkan kunang kunang datang dan bawa cahaya dari bontot yang berkilau kilau. Kadang kadang dia rasa selesa. Kadang kadang dia rasa lemas. Of course lah, pejam mata gelap, buka mata pun gelap. Takkan dunia Mikael sekarang cuma revolve around warna hitam? Dia panik, peluh sejuk tiba tiba naik pada dahi, pada kumis, pada tangan. Ini bukan peluh dari suam pasir. Ini bukan peluh sebab hari siang panas. Ini peluh sebab dia takut, sebab apa yang dia nampak cuma warna hitam.

Mikael sedar ada titik titik air pada mata. Basah. Mikael mahu cahaya.

Mikael mahu lari. Mikael tidak mahu kembali.

Monday, April 25, 2011

Air Pasang

Cuba cuba lihat kembali perjalanan hidup. Masa duduk di atas batu di pemecah ombak, aku nampak diri aku sedang lemas dalam laut. Tangan tergapai gapai minta tangan yang sudi tarik ke tepi, tapi batu besar besar, kalau ada manusia mahu tolong sekalipun, mungkin fikir 20 kali. Lama lama, gapai gapai jadi lambai lambai, lambai lambai jadi kaku, hilang ditelan air masin.

Aku, laut, batu dan tangan manusia.

Semua tak mampu tolong aku lagi. Kehidupan kini semakin shitso. Tapi macam mana pun, jalan keluar ada. Nampak tak nampak itu belakang cerita.

Bukankah manusia dianugerahkan akal untuk berfikir?


Sunday, April 24, 2011

Superman

Ohhh.

Tiba tiba apa yang aku nampak cuma belon belon kiut warna pink bentuk hati sedang melayang. Tali putus. Bukan satu belon. Ada banyak. Mungkin sepuluh, mungkin dua puluh, mungkin empat ratus. Semua warna pink. Semua kiut. Dan tiba tiba, ada bau wangi datang. Macam bau lemon, macam bau Burberry by Burberry for Women, macam bau sabun mandi strawberry. Tiba tiba lidah rasa manis, macam ada saccharine, macam baru kemam ubat sakit tekak.

Dan tak tau kenapa badan rasa ringan, macam terapung apung (walaupun jisim badan besar), macam ada atas bulan dengan tarikan gravity 0. Dan tak tau kenapa bibir senyum tak berhenti henti. Tiba tiba nak bernafas pun susah, rasa macam ada tak kena, tapi rasa tak kena yang sebenarnya best.

Inikah sebenarnya perasaan seronok? Atau sebenarnya perasaan sedang smitten dengan seseorang yang kita tak pasti lagi suka dekat kita ataupun tidak.

Banyak persoalan. Biarkanlah semua persoalan tu. Apa yang aku nak buat sekarang, cuma tengok belon pink bentuk hati, sambil cium bau wangi.

Esok ya kita jumpa! :)

Thursday, April 21, 2011

Burung Pepet (Pipit)

Aku sekarang macam burung pipit, yang makan buah ceri di tepi longkang, penuh dengan puntung puntung rokok yang tak habis kena hisap.

Sedap sebenarnya buah ceri. Sedap, rendang, sejuk.

Aku burung pipit.

Wednesday, April 20, 2011

Batu Hitam

Ada bulan warna merah. Besar, rendah, kadang kadang nampak, kadang kadang hilang dibelakang awan. Bulan pun ada macam macam warna. Biru, putih, merah, kuning. Manusia pun sama. Alangkah senang kalau cuma ada satu warna?

Tuesday, April 19, 2011

Ladang Buah Oren

Dalam sebuah dokumentari tentang pembunuhan di Discovery Channel

"The body was covered under a thick layer of lime"
Subtitle: Mayat itu dijumpai dibawah lapisan limau nipis yang tebal.


Dalam sebuah dokumentari tentang nahas kapal terbang di National Geographic Channel

"We have found the smoking gun that caused the crash"
Subtitle: Kami telah menjumpai pistol berasap yang menyebabkan nahas tersebut


Dalam sebuah pejabat, sedang dalam sembang sembang mengenai loji pemprosesan rare earth di Gebeng.

A: Tengok ni! Thorium tu diorang nak dilute dalam lime! Dalam limau nipis! *sambil tersengih*
B: Hello Encik. Lime tu bukan limau nipis. Lime tu kapur.
A: Eh ya ka? *terus bukak google translate*. Hehehehe


Verdict? Orang Malaysia banyak kelakar.

Chow


Saturday, April 16, 2011

Gajah dan Elephant Liar

Seekor Gajah balik Kuala Lumpur dua minggu lepas. Dengar cerita, ada interview dengan syarikat Zirafah (Fortune Global 500 - top 10. Hebat? Ooh malu I) untuk jadi Jurutera Pelantar Minyak. Mula mula Gajah ingat orang HR syarikat Zirafah buat lawak April Fool sebab interview tu fell on 1st April 2011.

Rupa rupanya bukan April Fool. Sungguh sungguh Jejaka Supervisor hantar email kata datang untuk sembang sembang dengan dia. Gajah risau jugak. Bila cakap pasal sembang sembang, mesti nak kena suap minum air kopi. Paling haram jadah pun, hirup air dekat Dome. Gajah risau sebab mana la Gajah ada wang nak masuk kedai kopi mahal mahal (secawan 15 ringgit wadafak. Kalau minum dekat lopak air, Gajah kata Free! Free!). Lagipun Gajah gabra nak masuk kedai kopi macam tu. At least seluar kena pakai cap Edwin, baju cap Cheetah. Shit la.

Gajah kata "I don't give a damn" dalam hati. Gajah bukan calang calang. English dia boleh tahan.

Bila Gajah sudah nekad, semua binatang dalam hutan lain tak boleh halang. Gajah pun, memulakan adventure beliau jalan kaki ke Kuala Lumpur. Nak naik kereta takut tayar pancit. Nama pun gajah, bukan nya Kijang!

Sampai di Kuala Lumpur, gajah pergi berjumpa dengan Elephant Liar (Liar as in Wild. Bukan Liar = penipu. Whopps), dengan niat hendak tumpang berteduh. Elephant Liar baru dapat rumah baru, baru sewa di tengah tengah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur. Elephant Liar bukan jenis gajah kampung. Hidup dia memang di bandar. Dia kata lah!

Lepas Gajah habis interview, Elephant Liar dengan Gajah bersiar siar di AEON Bukit Tinggi. Dulu AEON Bukit Tinggi ni tempat Gajah berak kencing je, sekarang sudah jauh sebab Gajah sekarang duduk dekat Kuantan. Mana la mampu nak jalan kaki setiap minggu jejak AEON Bukit Tinggi.

Masa jalan jalan, Gajah tiba tiba nampak alat penimbang. Gajah girang sebab dah lama dia tak timbang berat badan dia. Elephant Liar senyap je sebab dia tak berani naik penimbang, sebab dia pemalu macam perempuan/betina (perempuan malu 2 benda. 1) Tanya umur 2) Tanya berat). Gajah pun letak la duit 20 sen dalam mesin timbang, hati berdebar debar takut spring dalam mesin timbang terus lenyek. Bila dia naik, spring tak lenyek, tapi mesin tu punya la lambat nak bagi result.

Tunggu punya tunggu, result pun keluar. Berat dia tulis 95kg. Nenek atok pakcik maklong segala berat. Gajah tengok je nombor tu sambil buat buat tak perasan yang dia berat macam gajah. Elephant Liar tengok sambil senyum senyum. Tak berani nak cakap apa apa sebab nanti kalau Gajah suruh dia naik atas scale, mesti la dia malu sebab secara theory Elephant Liar gajah bandar. Gajah bandar memang berat lagi dari gajah pedalaman.

Kesimpulannya, Gajah tak kisah. Sebab Gajah cakap, segajah gajah dia pun, ada jugak orang nak kat Kuantan nun.

So, kesimpulan, tak kira Gajah ke, Elephant Liar ke, Kijang ke, setiap orang ada jodoh sendiri.

Terima Kasih.

Sunday, April 10, 2011

Sensual



Ohh bukan bukan. Itu bukan bilik dalam rumah urut dekat Seksyen 2 Petaling Jaya. Sama sekali bukan. Walaupun nampak seakan akan rumah pelacuran (ehem ehem) tapi itu sebenarnya adalah bilik aku. Sensual bukan? Ada comforter size queen (RM150), ada lampu tegak cahaya kilau kilau (RM150), ada laptop (pinjam Adib punya), dan yang paling care sebab ada aircond. Ye lah yelah aku batak aircond. Sejuk.......!

Duit pun dah tak berapa nak ada. Tengok lah. Kalau sidang lulus, aku nak buat pusat pelacuran kat dalam bilik tu. Charge sekali dalam 200 ringgit. Boleh la buat bayar kereta.

Apa macam? Mau cuba? You know how to get me.


Chow!